From Classroom to Industry: Exploring Embedded System Firmware with ASEM Campus Connect 2026
14hb Ogos 2026 | TVETMARA MJII
Lebih daripada 130 peserta menyertai Program Advanced Semiconductor Academy of Malaysia(ASEM) Campus Connect (ACC) secara online termasuklah pelajar-pelajar dari TVETMARA MJII yang menampilkan sesi perkongsian bertajuk “Embedded System Firmware”, khusus untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar Sistem Terbenam (Embedded System) serta perkembangan kerjaya dalam industri teknologi.
Sesi perkongsian ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Dr. Royan Ong, Pengarah dan Konsultan daripada Proven Pac, yang dijemput sebagai wakil industri dan jurucakap bagi berkongsi pengalaman serta perspektif sebenar industri kepada para peserta.
Dalam perkongsian tersebut, Dr. Royan bukan sahaja menghuraikan konsep dan aplikasi Embedded System Firmware, malah turut membawa peserta melihat dengan lebih dekat bagaimana teknologi sistem terbenam diaplikasikan dalam industri sebenar serta kemahiran yang diperlukan oleh seorang jurutera atau teknologis masa kini.
Lebih menarik, beliau turut menekankan bahawa pelajar tidak seharusnya hanya menguasai ilmu dan teknologi Embedded System, tetapi perlu mempunyai kesedaran tentang keperluan sebenar industri, trend teknologi serta laluan kerjaya yang bakal mereka ceburi, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor dan elektronik.
Perkongsian seperti ini memberikan nilai tambah yang besar kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja memperoleh ilmu daripada bilik kuliah, malah berpeluang mendengar, memahami dan melihat perspektif sebenar daripada pemain industri.
Bagi pelajar Jabatan Embedded System TVETMARA MJII, pendedahan sebegini merupakan satu langkah penting dalam membina kompetensi teknikal, pemikiran industri dan keyakinan untuk melangkah ke alam pekerjaan.
TVETMARA MJII — Membina Kompetensi, Mencipta Masa Depan.
#TVETMARA
#TVETMARAMJII
#EmbeddedSystem
#ElectronicEngineering
#BuidingTalentGeneratingFuture
#JabatanSistemTerbenam
#ASEMCampusConnect
by Kj Suhadi


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment