Sunday, August 16, 2026

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH DKS) - Artificial Intelligent and ESP32 Intergration Workshop

 












Nama Program: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH DKS) - Artificial Intelligent and ESP32 Intergration Workshop


Anjuran : MJII Artificial Intelligent Center, Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia (KIMM) & Syafiq Technologies


Tarikh: 15hb Ogos 2026, Sabtu


Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang


Tempat: Bilik Mesyuarat NARA, MJII


Penglibatan : 22 orang


Ringkasan :


Satu bengkel Aplikasi Artificial Intelligent (AI) telah dianjurkan oleh Jabatan DKS dengan kerjasama MJII Artificial Intelligent Center, Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia (KIMM) & Syafiq Technologies.


Bengkel ini adalah satu usaha untukmenerapkan ilmu AI dan IoT kepada peserta-peserta secara hands-on.


Bengkel dimulai dengan Ucapan aluan daripanda Ketua Program DKS dan seterusnya sesi Perkongsian Ilmu Bersama wakil KIMM iaitu Prof Dr. Wan Mansor bin Wan Muhammad dari UniKL MFI. Beliau memberikan perkongsian bertajuk Kepentingan Menguasai Ilmu dan Teknologi Terkini.


Bengkel aplikasi ESP32 seterusnya diteruskan oleh En. Nursyafiq dari Syafiq Technologies. 


Peserta berjaya memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam mengintegrasikan Artificial Intelligence dengan platform ESP32 bagi menghasilkan sistem elektronik pintar. Aktiviti hands-on turut meningkatkan keupayaan pelajar dalam pengaturcaraan, integrasi sensor, pembangunan prototaip serta penyelesaian masalah secara praktikal.


Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) DKS – Artificial Intelligence and ESP32 Integration Workshop menyokong beberapa matlamat Sustainable Development Goals (SDG), khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran, pendidikan berkualiti dan inovasi teknologi. 


Antara SDG yang terkait ialah :-

SDG 4 – Quality Education

Workshop PSH ini memberi peluang kepada pelajar membangunkan kemahiran baharu dalam AI, IoT, programming dan embedded system melalui pembelajaran hands-on.

SDG 9 – Industry, Innovation and Infrastructure

Pelajar bukan sekadar belajar teori tetapi menghasilkan prototaip dan penyelesaian berasaskan teknologi.

SDG 8 – Decent Work and Economic Growth

Bengkel ini menyediakan future-ready skills dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang teknologi, automasi dan industri 4.0.


Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan teknikal peserta, malah membentuk kemahiran future-ready melalui gabungan AI, IoT, programming dan embedded technology. Pendekatan ini menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkemahiran, inovatif dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.

by sensei Zaleha

No comments:

Post a Comment