PRIME TALENT HUB: MEMBINA BAKAT, MEMACU INDUSTRI
Institut Malaysia China (MCI) dengan kerjasama Bhg Kemahiran Dan Teknikal (BKT), TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute dan TVETMARA Sungai Petani serta EVE Energy Malaysia Sdn Bhd telah melaksanakan inisiatif pembangunan kurikulum Prime Talent Hub bagi menyediakan tenaga kerja teknikal yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri pembuatan bateri. Bengkel pembangunan kurikulum ini telah berlangsung pada 17-20 Ogos 2026 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kulim, Kedah.
Program ini dibangunkan berasaskan pendekatan competency-based, melibatkan latihan teori dan amali secara intensif serta pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar. Pembangunan kursus ini memberi penekanan kepada keselamatan, kualiti, produktiviti, disiplin dan kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri.
Peserta akan melalui perjalanan pembelajaran yang tersusun bermula daripada asas teknikal, pembangunan kemahiran, aplikasi dalam industri, penilaian kompetensi dan pensijilan sebelum disediakan laluan kerjaya sebagai Junior Technician dan seterusnya Certified Technician.
Kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh penyediaan tenaga kerja tempatan, menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau serta memenuhi keperluan EVE Energy terhadap tenaga kerja yang berkemahiran dan bersedia untuk industri.
by sensei Norhaida






.jpeg)


.jpeg)




No comments:
Post a Comment