Thursday, August 13, 2026

International Sustainable Energy Summit 2026 (ISES)

 










Nama Program: International Sustainable Energy Summit 2026 (ISES)


Anjuran : Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

Tarikh: 11-12hb Ogos 2026

Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

Tempat: Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)

Penglibatan : Sensei Ja'aris dan Sensei Mohd Ismail (DKS)


Ringkasan :


Satu konvensyen mengenai tenaga mampan (Envisioning Sustainable energy Beyond Borders) telah berlangsung di KLCC pada 11 & 12 Ogos 2026 yang lalu.


ISES 2026 memberikan pendedahan kepada perkembangan pendidikan dan teknologi yang selari dengan aspirasi SDG, khususnya dalam memperkukuhkan pendidikan STEM, inovasi teknologi dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Perkara ini turut berkait rapat dengan PO6 ETAC yang menekankan keupayaan graduan kejuruteraan memahami kesan penyelesaian teknologi terhadap masyarakat, alam sekitar dan pembangunan mampan.


Pengunjung bukan sekadar dapat mengikuti sesi-sesi pembentangan kajian-kajian terbaharu mengenai perkembangan tenaga mampan, mereka juga turut dapat mengikuti perkongsian maklumat dengan pempamer teknologi dari pelbagai syarikat, pengeluar dan agensi yang terlibat dalam industri teknologi tenaga mampan ini.


Bagi Pihak DKS pula, penglibatan ini dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai Sustainable Development Goals (SDG)  terutamanya SDG7 - iaitu Affordable and Clean Energy yang berkaitan dengan Kursus Digital Electronic Fundamentals.

by Jaaris sensei

No comments:

Post a Comment