Sunday, August 9, 2026

Program CSR Jabatan Robotik & Automasi (DKS): Penyampaian Sumbangan kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih

 











1. Nama Aktiviti: Program CSR Jabatan Robotik & Automasi (DKS): Penyampaian Sumbangan kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih


2. Tarikh: 31 Julai 2026


3. Tempat: Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Jalan Bangi Lama, Semenyih, Selangor


4. Sinopsis Aktiviti


Jabatan Robotik & Automasi (DKS), TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah berkesempatan melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui penyampaian sumbangan kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih.


Sumbangan yang disalurkan merupakan hasil kutipan daripada warga Jabatan DKS dengan nilai keseluruhan sekitar RM600. Antara barangan yang disumbangkan ialah kain pelekat, minuman coklat 3 dalam 1, gula, biskut kering, beras serta barangan keperluan kebersihan seperti sabun basuh, sabun mandi dan cecair Clorox. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan sebahagian keperluan harian penghuni pusat jagaan.


Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia telah beroperasi sejak tahun 2016 dan diuruskan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kos pengurusan pusat ini dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan dan dana daripada orang awam. Pusat jagaan ini mempunyai 18 orang petugas yang bertanggungjawab mengurus serta menjaga kebajikan kira-kira 50 orang penghuni pada satu-satu masa.


Program CSR ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah menjadi medium untuk memupuk nilai keprihatinan, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga Jabatan Robotik & Automasi. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan hubungan antara TVETMARA MJII dengan komuniti setempat, di samping memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

by sensei Zaleha

No comments:

Post a Comment