MESYUARAT PEMBENTANGAN KERJASAMA KOLABORASI
Jawatankuasa Kolaborasi BKT, MARA
Pada 5 Ogos 2026, satu mesyuarat pembentangan kerjasama kolaborasi telah diadakan di Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), Ibu Pejabat MARA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Nuriman bin Yusop, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kolaborasi BKT.
TVETMARA MJII, diwakili oleh Tn. Hj. Mohd Nizam bin Ali (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik), Ts. Mohd Khairul Adzhar bin Umar, dan Pn. Nur Amalina bt. Zainal, telah membentangkan dua (2) kertas cadangan kerjasama MoU bersama pihak industri untuk kelulusan Jawatankuasa:
1. Cadangan Kerjasama MARA & TP-Link — bertujuan mewujudkan Omada Networking & Surveillance Academy di TVETMARA MJII, termasuk pensijilan Omada Certified Network Associate (OCNA) secara percuma kepada pelajar-pelajar TVETMARA, di samping pelbagai inisiatif kerjasama lain.
2. Cadangan Kerjasama MARA & Zepp Quiz — sebuah syarikat pembangun aplikasi pembelajaran digital secara gamifikasi dari Korea Selatan. Fokus kerjasama termasuk menjadikan TVETMARA MJII sebagai rakan strategik melalui program reseller, serta langganan lesen pro aplikasi Zepp Quiz secara percuma kepada semua pensyarah TVETMARA MJII.
Hasil mesyuarat, Jawatankuasa Kolaborasi BKT telah meluluskan kedua-dua cadangan dengan syarat penambahbaikan tertentu perlu dilaksanakan sebelum pembentangan seterusnya di peringkat Sektor Pendidikan, yang dijangka berlangsung pada September 2026.
by Kj Adzhar


.jpeg)

.jpeg)

No comments:
Post a Comment