Wednesday, August 12, 2026

Program SKILLBIZ IPMa Siri 1 2026

 







DARI BILIK KULIAH KE DUNIA PERNIAGAAN SEBENAR! 💼✨


Seramai 3 orang pelajar MARA-Japan Industrial Institute (MJII) yang sedang aktif menjalankan perniagaan telah menyertai Program SKILLBIZ IPMa Siri 1 2026, anjuran Pejabat MARA Negeri Selangor.


📅 10 – 12 Ogos 2026

📍 Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor


Tiga pelajar MJII yang terlibat ialah:


👤 Muhammad Imran Bin Jamaluddin*

Nintendo | Semester 5


👤 Arif Asyraf Bin Azizan

Canon | Semester 5


👤 Muhammad Rafi Bin Rani

Meiji | Semester 6


dan seorang lagi peserta merupakan alumni TVETMARA MJII yang juga bakal pelajar Diploma Teknousahawan Elektronik Semikonduktor iaitu Muhammad Darwisy.


Sepanjang program, peserta didedahkan dengan ilmu dan kemahiran yang boleh terus diaplikasikan dalam perniagaan sebenar, antaranya:


📌 Membina Business Model Canvas (BMC)*dengan betul mengikut struktur dan keperluan sebenar perniagaan.


💰 Pendedahan kepada *peluang geran dan pembiayaan keusahawanan*, termasuk melalui program seperti TUBE.


📊 Mengurus kewangan perniagaan melalui penyediaan Penyata Untung Rugi, pengiraan margin keuntungan dan Return on Investment (ROI).


📂 Mengurus filing dan dokumentasi perniagaan secara sistematik, termasuk rekod yang membantu dalam pengiraan zakat perniagaan.


Penyertaan ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat keusahawanan bukan sekadar daripada sudut teori, tetapi memahami bagaimana sebuah perniagaan perlu dirancang, diurus dan dikembangkan secara profesional.


🌱 Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk mereka terus membina perniagaan yang lebih kukuh dan berkembang sebagai usahawan muda yang kompeten dan berdaya saing.


🔥 Belajar. Berniaga. Berkembang.


#TVETMARAMJII #MJII #SKILLBIZ2026 #SKILLBIZIPMa #Keusahawanan #UsahawanMuda #Entrepreneurship #BusinessSkills #TVETEntrepreneur #MARA

by sensei Norul Huda

No comments:

Post a Comment