1.Nama aktiviti: Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri Bersama Program Transmisi Data & Rangkaian (DKR) 2.0
2.Tarikh: 20 May 2025 (Selasa)
3.Tempat: MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
4.Penglibatan: Panel penasihat industri, pensyarah DKR dan pelajar semester 5 DKR (Naruto).
5.Sinopsis:
Sesi libat urus bersama Panel Penasihat Industri (IAP) ini dianjurkan bagi memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri serta memastikan program pengajian Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian) sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran kerja semasa.
Wakil industri yang hadir adalah En Mohammed Khomeini Bin Abu, Technical Director Landasan Network Solutions Sdn Bhd. Melalui sesi ini, pihak institusi berpeluang mendapatkan maklum balas, pandangan serta cadangan penambahbaikan secara terus daripada wakil industri berpengalaman yang bertindak sebagai penasihat luar.
Program ini dimulakan dengan MikroTik Bootcamp yang dilaksanakan bertujuan sebagai persediaan pelajar-pelajar semester 5 dari jabatan DKR untuk menduduki peperiksaan persijilan MTCNA.
Selain itu, pihak Jabatan DKR turut membentangkan struktur kurikulum terkini kepada IAP bagi mendapatkan cadangan daripada panel berkaitan latihan, peralatan serta kaedah pelaksanaan PdP bersesuaian bagi memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kompetensi teknikal, kemahiran insaniah, serta pendedahan industri yang mencukupi.
by sensei Nadiah
No comments:
Post a Comment