LAPORAN PROGRAM PENGURUSAN KESIHATAN DAN KARAKTER DIRI PELAJAR
1. Nama Program: Slot Kouza: Perkongsian Pengurusan Kesihatan dan Karakter Diri Pelajar bersama Kaunselor MJII Beranang
2. Tarikh: 11 April 2025
3. Hari: Jumaat
4. Tempat: Surau Riyadussolihin, MJII Beranang
5. Penglibatan: Semua pelajar MJII Beranang
6. Anjuran: Unit Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Kouza MJII Beranang 7. Sinopsis/keterangan:
Slot perkongsian bertajuk "Pengurusan Kesihatan dan Karakter Diri" telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kouza dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerjaya MJII pada 11 April 2025 yang lalu. Slot ini telah disampaikan oleh kaunselor MJII Beranang, iaitu Puan Tengku Noorhidayati binti Tengku Mohamed dan melibatkan penyertaan semua pelajar MJII Beranang. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental serta mengukuhkan karakter diri sebagai asas pembentukan jati diri yang unggul.
Program dimulakan dengan sesi perkongsian kaunselor MJII yang menjelaskan takrif kesihatan daripada sudut pandang Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan perspektif Islam dan penerangan tentang aspek kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan rohani yang mana kepentingan kesihatan mental dalam mempengaruhi pembentukan karakter diri seseorang. Seterusnya, dalam sesi ini, pelajar diberikan pencerahan berkenaan takrif karakter diri serta unsur-unsur penting yang membentuknya seperti sikap berintegriti, empati, tanggungjawab, disiplin, dan ketabahan. Hubungan antara kesihatan diri dan pembentukan karakter turut ditekankan, di mana seseorang yang sihat secara fizikal dan mental lebih berupaya menjadi individu yang sabar, bertanggungjawab, dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Program turut diserikan dengan beberapa aktiviti interaktif seperti sesi soal jawab, agar pelajar lebih sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan membentuk sahsiah yang baik. Faktor pengaruh gaya hidup bebas dan penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah, alkohol dan rokok akan memberi impak dan dampak negatif terhadap karakter diri dan juga terhadap kesihatan fizikal dan mental pelajar. Secara keseluruhannya, program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspek kesihatan dan karakter diri. Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya menjaga kesihatan diri secara holistik, malah penerapan kepada amalan budaya hidup pelajar yang sihat amat membantu dalam pembentukan peribadi pelajar MJII yang seimbang dan unggul
by kaunselor Yati
No comments:
Post a Comment