1. Nama aktiviti: Majlis Penyerahan Saguhati Yushu Nerai Sesi Jan-Jun 2025
2. Tarikh: 16 Mei 2025 (Jumaat)
3. Tempat: Bilik Kyoto, MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
4. Penglibatan: TPHEA bersama 13 orang tutor, 2 MPP Exco Akademik & 2 wakil Jawatankuasa Yushu Nerai.
5. Sinopsis:
Majlis Penyerahan Saguhati Yushu Nerai bagi Sesi Jan–Jun 2025 telah diadakan pada 16 Mei 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Kyoto, MARA-Japan Industrial Institute (MJII).
Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para tutor Yushu Nerai yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakan-rakan pelajar sepanjang sesi pengajian.Selain daripada itu, Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) MJII juga turut menyumbangkan tenaga dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelancaran program Yushu Nerai bagi sesi Jan-Jun 2025 ini.
Seramai 11 daripada 13 orang tutor (2 tidak hadir kerana masalah Kesihatan), 2 orang Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 2 orang wakil Jawatankuasa Yushu Nerai turut hadir bagi memeriahkan majlis.
Program Yushu Nerai bagi sesi ini melibatkan 6 kursus iaitu 2 kursus semester 1 dan 4 kursus semester 2, yang merangkumi bidang-bidang teras dalam pengajian. Para tutor telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesi bimbingan secara konsisten dan berkesan kepada pelajar yang memerlukan.
Majlis disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TPHEA) yang berbesar hati menyampaikan saguhati dan menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat. Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat kepada para tutor untuk terus cemerlang dalam menyumbang kepada pembangunan akademik pelajar di MJII.
by sensei Ruslinda
No comments:
Post a Comment