1.Nama Program: Konsultasi Kerjaya dan E-Potensi Kaunselor MARA di Program Karnival Pendidikan MARA Negeri Sembilan 2025
2.Tarikh: 10 – 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
3.Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
4.Lokasi: Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan
5.Penglibatan: Kaunselor MJII Beranang
6.Sinopsis:
Karnival Pendidikan MARA Negeri Sembilan 2025 telah dilaksanakan di Palm Mall, Seremban pada 10-11 Mei 2025 merupakan inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam mempromosikan peluang pendidikan di bawah Institusi MARA kepada pelajar serta komuniti setempat. Program ini berlangsung selama dua hari dan telah mengetengahkan pameran dari pelbagai institusi pendidikan MARA, khidmat kaunseling kerjaya melalui ujian inventori kerjaya e-potensi oleh kaunselor MARA, dan sesi interaksi bersama ibu bapa dan pengunjung setempat. Antara kaunselor MJII yang terlibat ialah Puan Tg. Noorhidayati dan Puan Norriah Hani.
Program ini memberi pendedahan tentang laluan pendidikan yang ada di bawah MARA. Selain itu, booth konsultasi juga disediakan di mana kaunselor MARA membantu melalui khidmat bimbingan inventori kerjaya e-potensi dan mengadakan sesi konsultasi scara bersemuka kepada ibu bapa dan pelajar lepasan SPM yang hadir dalam membantu pelajar mengenalpasti bidang pengajian yang selari dan tepat dengan kecenderungan minat mereka.
Secara keseluruhannya, Karnival Pendidikan MARA Negeri Sembilan 2025 telah berjaya mencapai objektifnya yang memberangsangkan serta sokongan padu daripada institusi MARA yang terlibat. Program ini juga berjaya memupuk kerjasama antara institusi pendidikan MARA dan komuniti setempat dalam membantu menyalurkan maklumat peluang pendidikan di bawah insititusi MARA dan program pengajian TVET MARA kepada masyarakat setempat khususnya.
by Kaunselor Yati
No comments:
Post a Comment