1.Nama aktiviti: Bootcamp.dan saringan world skills competition dalam bidang COBOT System Integration (Manila 2025)
2.Tarikh : 19-20 Mei 2025 (Isnin - selasa)
3.Tempat: KNX Skills Development Centre
4.Penganjur : Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
5.Penglibatan : 2 org pelajar semester 2 iaitu Sdr Mohd Aqil Danish Mohd Azman dan Sdr Muhammad Najmi Roslan dari Jabatan Robotik & Automasi, Sensei Ahmad Mukhlis(jurulatih) dan Sensei Norizam (jurulatih).
6.Sinopsis:
Seramai 8 pasukan (16 pelajar) dari pelbagai institusi awam dan swasta telah menyertai bootcamp dan saringan pertandingan WORLDSKILLS COBOT SYSTEMS INTEGRATION. Training dikendalikan secara terus daripada pemenang pingat EMAS pertandingan COBOT System Integration yg lalu, Mr LEE dari Korea dengan dibantu hakim pertandingan COBOT (Mr Chooi) juga dari Korea.
Peserta diberikan task untuk menyiapkan layout HMI (control panel) dan mengintegrasikannya dengan COBOT Doosan menggunakan LS PLC dan python programming. Antara lain, peserta turut di temuduga oleh panel hakim bagi menguji dan menilai pengetahuan tentang COBOT dan ROBOT serta penguasaan English communication skills sebagai persediaan ke luar negara.
Peserta diberikan Masa 1 jam 30 minit untuk menyiapkan semua tasks yang diberikan dan 30 minit masa tambahan (jika perlu).
Markah dikira secara holistik berdasarkan markah temuduga, attitude semasa latihan dan pertandingan , kerja berpasukan, keupayaan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan berfungsi dengan baik mengikut kehendak soalan.
Walaupun Pasukan ADTEC Shah Alam telah terpilih mewakili malaysia ke manila. Pasukan MJII telah memberikan saingan sengit kepada pemenang. Tahniah kepada peserta yang mewakili MJII ke saringan tersebut.
by Ahmado sensei
No comments:
Post a Comment