Wednesday, May 21, 2025

PERSIJILAN FIBER OPTIC-INTERNAL WIRING (CA1C) SESI JANUARI-JUN 2025

 






1.Nama aktiviti: PERSIJILAN FIBER OPTIC-INTERNAL WIRING (CA1C) SESI JANUARI-JUN 2025

2.Tarikh :  13 Mei 2025 (Selasa)

3.Tempat: TM Digital Academy, Cyberjaya

4.Penglibatan : 2 orang pensyarah DKR dan 36 orang pelajar Semester 4 DKR

5.Sinopsis:


Program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberikan pengiktirafan kompetensi industri kepada pelajar dalam bidang fiber optik dalaman berdasarkan piawaian sebenar industri.

Pelajar yang terlibat telah mengikuti sesi pembelajaran dan latihan praktikal berkaitan topik pemasangan dan penyambungan fiber optik dalaman (internal wiring) di MJII yang dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah dari Jabatan Transmisi Data & Rangkaian (DKR). Setelah melengkapkan sesi pengajaran di institut, pelajar telah dibawa ke TM Digital Academy untuk menduduki peperiksaan bagi modul CA1C sebagai penilaian akhir bagi tujuan persijilan kompetensi.

Kesemua 36 pelajar berjaya menduduki peperiksaan dan menunjukkan komitmen tinggi sepanjang proses penilaian berlangsung. Keputusan menunjukkan majoriti pelajar berjaya memperoleh kelulusan dan menerima sijil kompetensi CA1C yang diiktiraf oleh industri, seterusnya memberi nilai tambah kepada profil teknikal mereka sebagai bakal graduan. Program ini juga memberi pendedahan suasana penilaian industri sebenar yang berbeza daripada suasana bilik kuliah biasa.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan peperiksaan persijilan CA1C ini telah berjalan lancar dan mencapai matlamat utamanya. Ia bukan sahaja memperkukuhkan kemahiran teknikal pelajar dalam bidang fiber optik tetapi juga memperkasakan mereka dengan pensijilan yang relevan dan bernilai tinggi dalam pasaran pekerjaan masa kini.

by sensei Hajar

No comments:

Post a Comment