1.Nama aktiviti: Sesi Libat Urus bersama Panel Penasihat Industri (IAP) Jabatan Elektronik (Robotik & Automasi)
2.Tarikh : 13 Mei 2025 (Selasa)
3.Tempat: Bilik Mesyuarat, Emoovit Technology Sdn Bhd. Cyberjaya, Puchong
4.Penganjur : Jabatan Elektronik (Robotik & Automasi)
5.Sinopsis:
1. Aktiviti Pertama : Sesi Pembentangan Cadangan
Perlaksanaan Kurikulum 4.0.
Ketua Jabatan Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Robotik & Automasi) MJII, En. Ja’aris Bin Samsudin telah
melakukan sesi Pembentangan Cadangan Perlaksanaan Kurikulum 4.0 dihadapan Ts.
Ir. Dr. Shahibul. Antara isi kandungan sesi pembentangan itu ialah :-
a.
Misi
dan Visi Mara (MJII)
b.
Academic
Curriculum
c.
Cadangan
penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Artificial Intelligent Bersama
Robomy Sdn Bhd.
d.
Perkongsian
kejayaan – kejayaan pelajar-pelajar Jabatan Robotik menerusi Pertandingan reka
cipta, inovasi dan robot tempur.
e. Perkongsian aktiviti pelajar bersama industry.
1. Aktiviti Kedua : Sesi Mendapatkan Maklum Balas dari
Panel IAP Ts. Ir. Dr. Shahibul
Sebagai Ahli Panel Penasihat Industri bagi Program DKS, Dr. Shahibul telah memberikan sedikit sebanyak maklumbalas yang positif ke atas cadangan perlaksaan Kurikulum 4.0 yang akan dilaksanakan mulai sesi Julai - Disember 2025 ini nanti. Beliau juga berharap, Jabatan Robotik DKS akan lebih kerap berkomunikasi dengan beliau bagi melaporkan perkembangan dan perjalanan program DKS dan ini akan membolehkan beliau memberikan lebih banyak lagi Cadangan-cadangan demi memajukan Program Robotik & Automasi di MJII.
1. Aktiviti Ketiga : Sesi Lawatan ke Tapak Projek Bas
Autonomous eMoovit.
En. Ja’aris dan Ts. Norizam kemudiannya dibawa meninjau projek Bas Autonomous milik Syarikat eMoovit Sdn Bhd. Bas ini beroperasi sepenuhnya tanpa pemandu. Ianya dilengkapi dengan sensor-sensor seperti Lidar, Pengesanan Kamera dan RADAR. Bas ini dicadangkan penggunaannya di Bandar Rawang bagi kegunaan pengunjung Taman Rekreasi Gamuda.
Dr. Shahibul kemuadiannya menjemput jabatan DKS bagi membawa pelajar-pelajar datang melawat Emoovit Technology Sdn Bhd bagi melihat sendiri kerja-kerja membangunkan kenderaan autonomous di Malaysia. Beliau juga membayangkan keterbukaan Syarikat Emoovit Technology Sdn Bhd bagi menerima pelajar-pelajar yang mahu menjalani Latihan industri di tempat beliau.
Sesi Libat Urus Bersama Ts. Ir. Dr. Shahibul. Panel Penasihat Industri Jabatan DKS berakhir pada jam 1 tengahari.
No comments:
Post a Comment