Wednesday, May 21, 2025

Bengkel Terapi Mewarna

 




LAPORAN BENGKEL TERAPI MEWARNA

 1.  Nama Program: Bengkel Terapi Mewarna

2.  Tarikh:  11 April 2025 (3.00 5.00 petang)

3.   Hari: Rabu

4.  Tempat:  Bilik Kaunseling Kelompok, MJII Beranang

5.  Penglibatan: pelajar semester 5 Jabatan Robotik MJII Beranang

6. Penceramah : Pn. Tg. Noorhidayati bt. Tg. Mohamed   

7.Anjuran : Unit Kaunseling MJII Beranang

8.Sinopsis:

Bengkel Terapi Mewarna telah dilaksanakan oleh Kaunselor MJII Beranang iaitu Puan Tg Noorhidayati dan melibatkan semua pelajar semester 5 Jabatan Robotik MJII Beranang. Dalam bengkel tersebut, pelajar diberikan sehelai kertas lukisan untuk tujuan aktiviti mewarna yang terdiri daripada pelbagai corak seperti mandala, flora dan bentuk geometri.  Pelajar diberi kebebasan untuk memilih dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Suasana bengkel berjalan dalam keadaan tenang dan santai, dengan alunan muzik latar yang menenangkan, bagi menggalakkan suasanayang  kondusif.


Selain aktiviti mewarna, peserta juga diberi masa dan ruang untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka semasa sesi mewarna. Daripada aktiviti mewarna ini, pelajar menyatakan bahawa bengkel ini memberi peluang kepada mereka untuk ‘berehat seketika’ daripada memikirkan tekanan dan tugasan akademik.

Bengkel diakhiri dengan ucapan terima kasih dan sesi penghargaan kepada semua pelajar yang terlibat. Secara keseluruhannya, Bengkel Terapi Mewarna ini merupakan inisiatif kaunselor dalam  mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental melalui kaedah yang senang, mudah diakses dan mengikut kreativiti masing-masing.

by Kaunselor Yati

No comments:

Post a Comment