Monday, May 19, 2025

HARI TERBUKA MJII BERANANG 2025

 








1. NAMA PROGRAM : HARI TERBUKA MJII BERANANG 2025

2. TARIKH : 15 MEI 2025 

3. HARI      :  KHAMIS

4. TEMPAT : MJII BERANANG

5. PENGANJUR: JK PROMOSI MJII

6. SINOPSIS :


Pada 15 Mei 2025 (Khamis), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) telah menganjurkan Program Hari Terbuka MJII 2025. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan bidang pengajian dan kursus, kemudahan serta budaya pembelajaran MJII kepada pengunjung di samping memupuk hubungan erat dengan komuniti setempat. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan serta mempromosikan MJII serta program pengajian yang terdapat di MJII, serta untuk memenuhi kuota pengambilan pelajar  bagi sesi ambilan Julai – Disember 2025. Jumlah pengunjung yang hadir adalah sekitar 300 orang. Antara pengunjung yang hadir terdiri daripada pelajar lepasan SPM 2024 seramai 28 orang, Ibu bapa, guru-guru serta pelajar sekolah berdekatan. Antara sekolah-sekolah jemputan yang hadir ialah SMK Khir Johari, Maahad Tahfiz Nurid Al-Ilmi dan MRSM Gemencheh.


Acara bermula dengan pendaftaran pengunjung di Lobi Utama sebelum dihangatkan oleh persembahan paluan gendang oleh Kelab Kebudayaan Jepun yang memukau penonton yang ada serta tetamu yang hadir. Pengunjung kemudiannya dibawa melawat Galeri Narita untuk menelusuri sejarah MJII, mengunjungi gerai jualan di Wasenta, melawat bengkel-bengkel jabatan seperti bengkel Cleanroom, Robotik, Scada, Networking dan Microcontroller dan melawat pameran Inno- X projek inovasi pelajar dan booth Yukata di Dewan Hyogo.


Taklimat program pengajian pula telah disampaikan oleh ketua-ketua jabatan dari DKE, DKC, DKS, DKM, DKR iaitu Encik Jaaris bin SAmsudin, Encik Ahmad Suhadi bin M.Zahari, Encik M. Khairul Adzhar bin Umar, wakil ketua jabatan iaitu Encik Ali Emran bin Ngatenan, dan Encik Ezad Razif bin Ahmat Rozali serta ketua jabatan Pengajian Am iaitu Puan Norhaslinda bt Jamil. Sesi taklimat tersebut memberi gambaran jelas dan penerangan lengkap program pengajian yang ada di MJII dan peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektronik selepas tamat pengajian diploma. 

Pelajar Lepasan SPM 2024 seramai 28 orang yang hadir pula layak memohon dan telah menerima tawaran untuk menyambung pengajian diploma di MJII secara terus bagi kemasukan pelajar sesi Julai- Disember 2025.

by Kaunselor Yati

No comments:

Post a Comment