1.Nama aktiviti: Sesi Libat Urus Panel Penasihat Industri Bersama Program Transmisi Data & Rangkaian (DKR)
2.Tarikh: 15 Mei 2025 (Khamis)
3.Tempat: MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
4.Penglibatan: 2 orang panel penasihat industri, pensyarah DKR dan pelajar semester 4 DKR.
5.Sinopsis:
Sesi libat urus bersama Panel Penasihat Industri (IAP) ini dianjurkan bagi memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri serta memastikan program pengajian Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data & Rangkaian) sentiasa selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran kerja semasa. Antara wakil industri yang hadir termasuk En. Hazrul bin Muhammad dari Petronas Digital Sdn. Bhd dan Pn. Murniati Binti Imam Supaat dari Sigtech Engineering Sdn Bhd. Melalui sesi ini, pihak institusi berpeluang mendapatkan maklum balas, pandangan serta cadangan penambahbaikan secara terus daripada wakil industri berpengalaman yang bertindak sebagai penasihat luar. Aktiviti utama yang dijalankan merangkumi pembentangan dan penilaian projek proposal oleh pelajar DKR Semester 4, di mana ahli panel memberikan ulasan serta saranan penambahbaikan dari aspek teknikal dan praktikal. Selain itu, pihak Jabatan DKR turut membentangkan struktur kurikulum terkini kepada IAP bagi mendapatkan cadangan daripada panel berkaitan latihan, peralatan serta kaedah pelaksanaan PdP bersesuaian bagi memastikan graduan yang dilahirkan mempunyai kompetensi teknikal, kemahiran insaniah, serta pendedahan industri yang mencukupi.
by sensei siti hajar
No comments:
Post a Comment