Blog ini adalah untuk memaparkan aktiviti warga MARA Japan Industrial Institute yang dulu dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. MJII menempatkan Program Diploma Elektronik, Japan Associate Degree Program dan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Friday, July 31, 2015
Kepulangan Pelajar-pelajar dari United Kingdom
25hb Julai 2015, dua orang pelajar MJII saudari Syafika dan Atikah telah pulang daru United Kingdom setelah selesai pengajian peringkat sarjana muda di sana. Tahniah kepada mereka semoga menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar MJII yang lain.
Japan Cultural Event @ MARA
Pada tahun ini, Japan Cultural Event (JCE) telah diadakan di Lobi Bangunan MARA Kuala Lumpur. Ianya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah MARA Datuk Haji Ibrahim bin Ahmad. JCE telah berlangsung selama 3 hari dari 28 - 30hb Julai 2015. Ianya mendapat sambutan yang sanat-sangat menggalakkan. Kepada semua yang terlibat, terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan JCE kali ini.
Sambung Belajar di Australia
Pada hari raya yang ketiga bersamaan 19/7/2015 yang lalu, saudara Sufian telah berangkat ke University of Adelaide bagi menyambung pelajaran beliau ke peringkat sarjana muda disana. semoga beliau akan beroleh kejayaan.
Friday, April 3, 2015
Thursday, March 26, 2015
Sambung Belajar di Jepun
Saturday, February 28, 2015
Sambung belajar di Australia
28hb Februari 2015, seramai 6 orang pelajar MJII program robotik telah berangkat ke Autralia bagi menyambung pelajaran di University of Queensland. Gambar-gambar di www.roboticmjii.blogspot.com
Friday, February 6, 2015
Lawatan ke CSI UTM Skudai
Saturday, January 10, 2015
Saturday, January 3, 2015
Misi Kemanusian bertolak ke destinasi.
3hb Januari 2015, Dua pasukan telah bergerak ke destinasi tengah malam tadi dan subuh tadi. Pasukan pertama telah menuju ke Kelantan iaitu sebuah Pacuan 4 roda bersama bekalan dan sebuah van bersama bekalan. Ianya diketuai oleh Yuraimy sensei bersama Azhar sensei dan Zainal sensei diikuti oleh 2 orang MPP dan rakan dari Seni Ceria.
Pasukan kedua pula diketuai oleh Norizam sensei bersama Achnas sensei dan Jaa sensei bersama 5 orang MPP dan seorang wakil dari HALUAN Malaysia. Destinasi ialah Taman Bahagia di Temerloh. Aktiviti di sana ialah menghantar bekalan dan menjalankan kerja-kerja mencuci rumah mangsa banjir. Mina san Arigatou gozaimashita.
Saturday, December 27, 2014
Tuesday, December 23, 2014
MJII...Perpindahan Staff
23hb Disember 2014, MJII kehilangan 3 orang lagi kakitangannya. Mereka ialah Puan Maznah (Penolong Pegawai Tadbir Kanan) yang akan berpindah ke Pejabat MARA Daerah (PMD) Cheras, Puan Rohana (Pembantu Tadbir Kanan ) akan ke Bahagian Kawalan Kredit (HQ MARA) atas kenaikan pangkat ke PPTK dan Azhar sensei akan berpindah ke Cawangan Pengajian BKT (HQ MARA). Tahniah kepada mereka semua.
Monday, December 22, 2014
MJII...Pendaftaran Pelajar Baharu sesi Jan-Jun 2015.
22hb Disember 2014, pendaftaran Pelajar Baharu MJII bagi sesi Jan-Jun 2015 telah berjalan di Dewan Besar Hyogo.
Subscribe to:
Posts (Atom)




