Thursday, June 23, 2011

KKTMB...Dialog Halatuju KKTM Beranang








23hb Jun 2011, KKTM Beranang mengadakan satu sesi dialog dan bengkel mengenai konsep dan halatuju KKTM Beranang.

Ianya dihadiri oleh panel-panel dari AISB Sdn Bhd iaitu panel perunding teknologi untuk KKTM Beranang ini.

Panel-panel tersebut ialah Dr. Fauzi Bin Othman, Dr. Hazlina Selamat, Dr.Syarifah Hafizah binti Syed Ariffin, Dr. Shahrom Shah dan Prof. Madya Dr. Azizan bin Asmuni.

Tuesday, June 21, 2011

KKTMB...Perjumpaan dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah






20hb Jun 2011, satu majlis dialog dan penerapan halatuju KKTM Beranang telah diadakan di Theateratte 4 yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah KKTM Beranang.

Dalam perjumpaan ini, Timbalan Pengarah (HEA) Tuan Haji Nuriman bin Yusop telah membentangkan kembali kurikulum KKTM Beranang kepada para pensyarah sebagai persediaan KKTM Beranang menghadapi proses akreditasi MQA pada bulan Julai 2011 nanti.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat daripada Tuan Pengarah, Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail yang membentangkan Kerangka Plan & Strategi Transformasi MARA 2011 - 2020.

Thursday, June 9, 2011

KKTMB...Musim Kahwin Melanda...


04hb Jun 2011, Ezad Sensei selamat melangsungkan perkahwinannya di Klang Selangor.

Ezad san...omedetouuuu...

Selamat Pengantin Baru...semoga bahagia ke anak cucu...

Sementara itu di Kuala Terengganu, Rasaudden sensei juga selamat melangsungkan perkahwinan beliau.

Rudi san...omedetou gozaimashita...

Sunday, May 22, 2011

KKTMB...hadiah buku...



Masih ingat pada Sayako san? Baru-baru ini, rakan KKTM beranang dari Jepun ini telah menghadiah beberapa naskah buku Bahasa Jepun untuk diletakkan di Perpustakaan Shizuoka KKTM Beranang.

Tujuannya adalah untuk pelajar-pelajar KKTMB membacanya untuk tujuan pembelajaran bahasa Jepun. Dua tajuk buku tersebut ialah "Black Jack" dan "Spirit Away".

Diharapkan para pelajar dapat menggunakan buku-buku tersebut untuk mempertingkat penguasaan Bahasa Jepun masing-masing.

Kepada Sayako san...arigatou gozaimashita..

Saturday, May 21, 2011

KKTMB...Ceramah Pencegahan Kebakaran




13hb Mei 2011, satu ceramah bertajuk Fire Prevention Awereness telah diadakan kepada kakitangan KKTM Beranang.

Ceramah disampaikan oleh Encik Ken Eng dari Fire Prevention Center iaitu sebuah NGO yang memberikan kesedaran dan ceramah mengenai bahaya kebakaran secara percuma di Malaysia.

Friday, May 20, 2011

KKTMB...Datang dan Pergi...

16hb Mei 2011, KKTM Beranang kehilangan seorang pelajarnya iaitu saudara Muaddib bin Mustapher.

Beliau adalah pelajar semester 2 kursus embedded system. Al-fatihah kepada roh beliau.

sambungan berita di www.embeddedkktmb.blogspot.com

Thursday, May 12, 2011

KKTMB...Hari Pembentangan Final Year Project 2




12hb Mei 2011, telah diadakan sesi pembentangan Final Year Project 2 pelajar semester 5 KKTM Beranang.

Sebanyak 14 hasil projek telah dibentangkan dan setakat ini 13 projek telah mencapai objektif dan berfungsi dengan jayanya.

Kepada pelajar-pelajar semester 5...omedetou...bolehlah pergi Latihan Industri dengan senang hati.
Gambar-gambar akan dimuat naik di webblog www.kktmberanang2.blogspot.com

Tuesday, May 10, 2011

KKTMB...Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2011




05hb Mei 2011, satu Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2011 anjuran Kementerian Sumber Manusia telah berlansung di Putrajaya. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

KKTM Beranang bersama beberapa IKM dan KKTM lain sempat membuka tapak pameran di majlis itu. Wakil KKTM Beranang diketuai oleh Mohd Radzi sensei.

Beliau diiringi oleh pelajar-pelajar KKTM Beranang iaitu Zulhelmi, Nafis, Taufik dan Norhalis. Masing-masing mempamerkan hasil projek subjek microcontroller mereka.

Wednesday, May 4, 2011

KKTMB...Bengkel Cement Ferro




04hb Mei 2011, Kakitangan KKTM Beranang sempat mengadakan bengkel kerja cement ferro. Bengkel dikendalikan oleh En. Fuad dan dihadiri oleh kakitangan pentadbiran. Encik Fuad adalah kakitangan MARA di MRSM Kuala Kelewang, Negeri Sembilan.

Thursday, April 14, 2011

KKTMB...Majlis Perpisahan & Perkenalan Staff




03hb April 2011, Puan Norhuda Hidayah telah diraikan sempena perpindahan beliau ke Bahagian Kewangan Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur. Beliau telah ditawarkan ke jawatan tetap di sana.

Beliau adalah di antara kakitangan yang terawal dalam pembukaan tanah KKTM Beranang ini iaitu pada September 2008 dahulu. Selamat berjaya...

Majlis juga meraikan kedatangan 2 orang staff baru iaitu Puan Rohaya Abd Jalil menggantikan Puan Norhuda Hidayah dan Puan Leni Maslina sebagai juruteknik Kursus Embedded System. selamat datang...

Friday, April 8, 2011

KKTMB...Ziarah Ariff sensei...


7hb April 2011, tuan pengarah KKTMB, Tuan Hj Wan Sabri bin Wan Ismail bersama Puan Hajah Siti Nor, Tuan Hj Nuriman dan beberapa orang pensyarah dan kakitangan KKTM Beranang sempat melakukan satu ziarah ke Kuang Selangor untuk menyampaikan ucapan takziah kepada Ariff Putra sensei yang kematian ayahandanya.

Rombongan sempat juga mengadakan tahlil ringkas di pusara ayahandanya diketuai oleh Ustaz Abdussamad. Salam takziah kepada Arif Putra sensei.