Thursday, February 8, 2024

Penghantaran Pelajar MJII Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Luar Negara 2024

 


1. Nama Program: Penghantaran Pelajar MJII Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Luar Negara  

2. Tarikh :  6hb Februari 2024 

3. Tempat: KLIA, Sepang, Selangor.

4. Sinopsis/keterangan:Seorang graduan MJII telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti di Australia di bawah Program IPMA Excellent Sponsorship Programme (IESP) dan Program World's Top Universities (WTU) tajaan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.Semoga graduan MJII sentiasa menjaga keselamatan  diri dan menjaga nama baik negara , MARA, MJII, keluarga serta berjaya dalam pengajian di sana.insya Allah

by Kj Suhadi

Tuesday, February 6, 2024

Menyambung Pelajaran di Australia... 2024

 


Tahniah! pelajar Mjii,NUR ETYLIA SYAMIRA BT SYAMSUL BAHRIN mendapat tawaran ke University of Queensland

Selasa, 6 Feb 2024... flight 8.30 pm dari KLIA. Tahniah Nur Etylia DKE

Monday, February 5, 2024

Saturday, February 3, 2024

Slot Kohza JJ 2024 - Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)

 





1. Nama Aktiviti: Slot Kohza - Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)

2. Tarikh: 2/2/2024

3. Masa: 11.00-12.00 tengah hari

4. Tempat: Surau Riyadus Solihin

5. Penglibatan: Semua pelajar MJII

6. Penganjur: JK Kohza, JK Green Tech

7. Sinopsis:

Renewable Energy (RE) adalah salah satu strategi untuk mencapai tahap "hijau" kepada sesuatu sistem, contohnya sistem penjanaan elektrik. RE biasanya menggunakan sumber tanpa had, bersifat semula jadi dan tidak mencemarkan alam. Sesi kohza ini bertujuan untuk menambah minat pelajar untuk memahami dan mengkaji RE untuk dijadikan sebagai projek FYP mereka. 2 sesi kuiz telah diadakan untuk menguji kefahaman mereka terhadap RE dan hadiah telah diberikan kepada 10 pemenang yang berjaya.

by sensei alifudin

Thursday, January 18, 2024

Bengkel Penulisan & Penerbitan Menggunakan Platform Digylearn di MJII

 







1. Nama Aktiviti: Bengkel Penulisan & Penerbitan Menggunakan Platform Digylearn di MJII

2. Tarikh: 18/1/ 2024

3. Masa: 9.00 pagi - 1.00 ptg

4. Tempat: Smart Classroom

5. Penglibatan: 10 orang Pensyarah

6. Penganjur: JK Penerbitan 2022/2023

7. Sinopsis: 

Bengkel penulisan dan penerbitan ini melibatkan sensei yang telah menerbitkan modul (e-book) menggunakan platform digylearn iaitu bagi subjek Penghayatan Aqidah dan Electrical Technology. Kali ini objektif bengkel adalah untuk menambah baik modul dengan memasukkan elemen kreatif dalam modul pembelajaran. Coach Mohd Noor Bin Mohd Tahir banyak berkongsi ilmu dan kaedah dalam pembinaan kuiz dan Game. Semoga para pelajar dapat manfaat dan lebih seronok untuk belajar.

by Juliana sensei

Selangkah ke Universiti 2023 SMK Kajang Utama

 





1. Program: Selangkah ke Universiti 2023 SMK Kajang Utama

2. Tarikh: 12 Januari 2024 (Jumaat)

3. Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari 

4. Tempat: Dataran Seri D'Utama, SMK Kajang Utama

5. Penganjur: SMK Kajang Utama

6. Sinopsis: SMK Kajang Utama melalui PIBG dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Hulu Langat telah menganjurkan Program Selangkah ke Universiti khusus untuk para pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan Februari 2024. Program ini telah menjemput Instutut Pendidikan MARA (IPMA) seperti UniKL, GiatMARA, KPM, KUPTM dan GMI untuk memberikan taklimat berkenaan program yang ditawarkan dan kelebihan yang diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di pusat masing-masing. MJII diwakili oleh En. Achnas Ali dan En. Mohd Alifuddin untuk memperkenalkan dan mempromosikan MJII kepada para pelajar berkenaan program yang ditawarkan, pencapaian MJII di Malaysia dan antarabangsa, peluang kerjaya serta peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ramai pelajar yang menunjukkan minat dan bertanya mengenai MJII semasa program ini berlangsung.

by Alif sensei

Friday, January 5, 2024

Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari-Jun 2024

 














1. Nama aktiviti: Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturahim Sesi Januari-Jun 2024


2. Pendaftaran Online

    Tarikh: 26/12/2023


3. Minggu Silaturahim   

    Pelajar 

    Tarikh: 2 & 3 /1/2024

    Tempat: Tokyo Hall & Surau  

    Riyaddussolihin


4. Sinopsis/keterangan ringkas:  


Minggu Silaturahim (MSR) adalah merupakan program pengambilan pelajar baharu, di mana ia memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang sistem pengajian di MJII. Terdapat 44 orang pelajar baharu yang terdiri daripada lima jabatan yang mendaftar pada sesi kali ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan disepanjang MSR bagi meraikan para pelajar. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang MSR ialah: Taklimat Bersama Pengarah, Taklimat Bersama Ketua-Ketua Jabatan, Taklimat Akademik & Unit Peperiksaan, Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Taklimat Felo, Taklimat Perpustakaan. Kerjasama antara AJK MSR dan Urusetia Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator telah menjayakan program ini dengan baik. Semoga para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam menimba ilmu di MJII.

by Juliana Sensei

Friday, December 29, 2023

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KRT BANDAR RINCHING SEKSYEN 5

 







1. Nama program: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA KOMUNITI KRT BANDAR RINCHING SEKSYEN 5.

2. Tarikh : 18 November 2023

3. Masa : 7.00 pagi - 1.00 petang

4. Tempat : Padang Zon D Bandar Rinching Seksyen 5

5. Penganjur : Persatuan Penduduk Bandar Rinching Seksyen 5

6. Keterangan Program :

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif  tanggungjawab sosial kepada komuniti, seramai 19 orang pelajar Semester 1 dari kelas Yuushuu  Jabatan Pengukuran Elektronik & Kawalan (DKC) telah menyertai  Program Gotong Royong mingguan mengikut Zon di Bandar Rinching Seksyen 5.Program gotong royong ini merupakan acara bulanan yang disertai penduduk Bandar Rinching Seksyen 5. Selain daripada gotong royong, pelajar juga berpeluang melaksanakan pemeriksaan kesihatan melalui aktiviti KOSPEN yang diadakan di sini. Melalui kerja-kerja kemasyarakatan seperti ini, ia dapat memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran dan juga mengaplikasikan semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

by Akma Sensei

Bengkel Pembuatan Rak Tanaman Dalam Pasu

 






1. Nama Aktiviti: Bengkel Pembuatan Rak Tanaman Dalam Pasu

2. Tarikh: 14 November 2023

3. Tempat: Bengkel Mekanikal MJII

4. Penglibatan: 6 pelajar dan 4 staf

5. Penganjur: JK GreenTech

6. Sinopsis: Salah satu cara untuk mewujudkan persekitaran rendah karbon di MJII ialah dengan penanaman pokok selari dengan inisiatif Greening TVET. Aktiviti penanaman pokok di dalam pasu telah lama dibuat bagi menghias kawasan persekitaran kerana cara ini lebih mudah untuk dijaga selain kos yang lebih murah. Bagi menggalakkan aktiviti ini, satu rak telah dibina untuk dijadikan tempat untuk menyusun dan menanam pokok-pokok dalam pasu dan akan diletakkan di tempat yang bersesuaian. Bahan utama rak ini ialah Aluzinc Blue Steel Truss (C Channel) yang ringan, mudah dibentuk dan dicantumkan hanya menggunakan skru. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Mekanikal iaitu En. Zainal Ahamad.

by Alifudin sensei

Bengkel Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai

 












1. Nama Aktiviti: Bengkel Pembuatan Sabun Dari Minyak Masak Terpakai

2. Tarikh: 14 November 2023

3. Tempat: Wa Senta (Cafe Atas) MJII

4. Penglibatan: 10 pelajar dan 10 staf

5. Penganjur: JK GreenTech

6. Sinopsis: Minyak masak adalah bahan kegunaan harian yang akan menjadi salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sekitar sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Minyak masak terpakai biasanya boleh dikitar semula dan salah satu cara ialah dengan memprosesnya untuk dijadikan sabun. Bengkel ini dianjurkan sebagai kursus praktikal kaedah home-made  penghasilan sabun buku dan sabun cecair yang boleh dimanfaatkan dari minyak masak terpakai. Kebanyakkan bahan dan alatan yang digunakan adalah barang-barang yang biasa ada dapur. Setiap peserta telah berjaya menghasilkan sabun-sabun dengan pelbagai warna dan wangian mengikut kesukaan masing-masing untuk dibawa balik.

by Alifudin Sensei