Saturday, August 3, 2013

MJII...Program Masak Iftar Perdana 2013

Team Pengajian Am dan Kakitangan Pentadbiran yang bertanggungjawab membuat arca rampai.

Thursday, August 1, 2013

MJII...Program Memasak Iftar Perdana 2013

Geng Micro electronic yang berkampung di sebelah rumah Yuraimi sensei

MJII...Program Memasak Iftar Perdana 2013

Pasukan kampung Data Comm...

MJII...Program Memasak Iftar Perdana 2013

Kursus Measurement & Control bersama Chief Ali Sensei.

MJII...Sumbangan Iftar Ramadhan ke Sekolah Tahfiz Anak-anak Yatim Al Kitab Beranang

Majlis Perwakilan Pelajar MJII yang diketuai oleh Saudara Adib Azizan dan Exco Kebajikan Saudara Naim Shahrudin telah berkunjung ke Sekolah Tahfiz Anak -anak Yatim Al Kitab, Beranang untuk menyampaikan sumbangan Iftar Ramdhan kepada para penuntut di situ. Juadah berupa Nasi Ayam masak merah yang disediakan oleh pelajar-pelajar MJII sempena program memasak juadah berbuka puasa kolej dan Takoyaki yang disediakan oleh pelajar-pelajar Haneda dari kursus Robotik. Arigatou gozaimashita kepada semua pelajar MJII yang terlibat.

Friday, July 26, 2013

MJII...Seminar Product Commercialization

24hb & 24hb Julai 2013, Fauzi sensei dan Ezad sensei telah menghadiri Seminar Commercialization : Walk the Talk yang diadakan di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur.

MJII...Kursus Pengendalian Alatan Network Topology

22hb Julai 2013, satu kursus pengendalian alatan Network Topology telah dijalankan. Ianya disampaikan oleh wakil syarikat Vision Technology. Alat ini adalah yang akan digunakan di makmal Embedded Communication.

Tuesday, July 23, 2013

Pengerusi MARA yang baharu

KUALA LUMPUR 23 Julai - Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa 19 Julai lepas. "Berdasarkan latar belakang akademik serta pengalaman politik luas, Annuar akan dapat memantapkan lagi usaha serta peranan organisasi itu ke arah mengangkat martabat bangsa," menurut Mara dalam kenyataan di sini hari ini. Annuar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berikutan pelepasan jawatan Pengerusi Mara yang disandang Idris sejak 2008, kerana bertanding dalam pilihan raya umum lalu. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia

Friday, July 19, 2013

MJII...Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh NIOSH

19hb Julai 2013, NIOSH dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MJII telah mengadakan satu sesi ceramah kepada pelajar-pelajar dan Kakitangan MJII. Turut hadir ialah Pengarah MJII Encik Marzuki bin Mahamad Radzi.

Wednesday, July 17, 2013

MJII...Lawatan Pengarah Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA

16hb Julai 2013, setelah menghadiri mesyuarat cadangan kerjasama dengan Syarikat Amitec, Tuan Haji Mohd Fadhil telah mengambil sedikit masa untuk melawat beberapa alatan makmal MJII yang terkini dan canggih. Antaranya ialah mesin CIM, Process Control Mini Plant, Welding Robot, Spray painting Robot, Pick and Place Robot dan Vision Robotic System. Untuk lebih banyak lagi gambar sila klik www.roboticmjii.blogspot.com

MJII...Mesyuarat Cadangan Kerjasama MARA & Amitec

16hb Julai 2013, Amitec sebuah syarikat pembekal alatan RF & Microwave Antenna dari India telah berminat untuk menjalin kerjasama dengan MJII bagi menubuhkan pusat pembelajarannya di sini. Mesyuarat ini telah dihadiri sendiri oleh Tuan Haji Mohd Fadhil Bin Ghazali, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan Encik Mahzan Bin Teh, Timbalan Pengarah Unit Industri dan Pengantarabangsaan BKT.