Wednesday, July 17, 2013

MJII...Majlis Perpisahan Puan Faridah Bte Darus

13hb Julai 2013, Puan Faridah Bte Darus, Ketua Jabatan Pengajian Am akan bertukar ke KKTM Rembau Negeri Sembilan mulai 22hb Julai 2013. Beliau telah berkhidmat di MJII selama genap 3 tahun. Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa yang beliau taburkan di MJII selama ini. KKTM Rembau de ganbatte kudasai.

Monday, July 15, 2013

MJII...Lawatan oleh Mr.Nakano ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA


Lawatan oleh Mr.Nakano ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA pada 1 Julai 2013 yang lalu. Turut hadir bersama ialah Miss Tamayo dari OISCA HQ. Pada hari tersebut juga diadakan temuduga pelajar yang akan ke Jepun pada November 2013 di dalam bidang automotif. Untuk koleksi gambar yang lain sila ke www.maraoisca.blogspot.com

Saturday, July 13, 2013

MJII...Meraikan Mubinah chan dan Izzah chan

12hb Julai 2013, 2 orang pelajar MJII telah berlepas ke Adelaide, Australia bagi menyambung pelajar ke peringkat Ijazah sarjana muda. Mereka ialah Mubinah bte Haruka Kimura Abd Wasei dan Nurul Izaah Binti Azhar. Semoga mereka dapat mengharungi cabaran belajar di luar negara dengan tabah...Mina san Ganbatte kudasai...

Tuesday, July 9, 2013

MJII...Jamuan Perpisahan Hajah Halimaton sensei Bersama Pelajar Robotik

09hb Julai 2013, Pelajar-pelajar Robotik mengadakan satu majlis perpisahan untuk Ketua Jabatan Robotik iaitu puan Hajah Halimaton sensei yang akan berpindah ke KKTM Petaling Jaya. Kepada pelajar-pelajar Robotik terima kasih kerana menghargai jasa dan pengorbanan beliau sepanjang memimpin Jabatan Robotik dan Automasi MJII ini.

Ketua Pengarah MARA melawat Kedutaan Jepun.

Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA ke atas TYT Shigeru Nakamura, Duta Jepun Di Malaysia pada 1 Julai 2013 bertempat di Kediaman Rasmi Duta Jepun, Kuala Lumpur. (Dioetik dari eWarta MARA).

MJII...Menyambut Kepulangan Hero World Skill Competition 2013

Para peserta World Skill Competition 2013 di Leipzig Jerman telah selamat kembali ke Malaysia pada pagi 9 Julai 2013 setelah 2 minggu berada di sana. MJII telah menghantar satu rombongan pelajar untuk meraikan kepulangan saudara Izaddin Rusyamil. Semoga pengalaman berharga beliau sepanjang menyertai pertandingan World Skill Competition tersebut dapat dikongsi bersama pelajar-pelajar MJII yang lain.

Monday, July 8, 2013

MJII...Gotong Royong 5S Perdana

sambungan...

MJII...Gotong Royong 5S Perdana

05hb Julai 2013, satu Gotong Royong 5S Perdana telah diadakan. Ianya bagi menyediakan bilik-bilik kuliah untuk kegunaan sesi pembelajaran Julai - Disember 2013.

Saturday, July 6, 2013

MJII...Kursus Antenna Analyzer

Pada 01 - 04hb Julai 2013, telah berlangsung satu kursus pengendalian alatan Antenna Analyzer di Makmal Radio Frequency. Kursus dihadiri oleh kakitangan Jabatan Data Komunikasi serta 2 orang tenaga pengajar Jabatan Elektronik Komunikasi IKM Johor Bahru.

Majlis Perpisahan Puan Hajah Halimaton dan Puan Rokiah

MJII akan kehilangan 2 orang lagi kakitangan akademiknya iaitu Puan Hajah Halimaton Dewa dan Puan Rokiah Endut yang akan berpindah tempat kerja. Puan Hajah Halimaton (Ketua Jabatan Robotik dan Automasi) akan berpindah ke KKTM Petaling Jaya dan Puan Rokiah Endut akan berpindah ke KKTM Kuantan kerana kenaikan pangkat. Tahniah kepada mereka berdua dan semoga lebih berjaya di tempat baru. Mina san ganbatte kudasai.

Friday, July 5, 2013

Wednesday, July 3, 2013

MJII...Izaddin di World Skill Competition

Saudara Izaddin dan Jurulatih pasukan Malaysia Sifu Ismail Adam, sedang membuat persiapan pertandingan. Dipetik dari FB Ibnu Hisyam BKT