Monday, June 27, 2011

KKTMB...Perkahwinan Ismail Sensei



Seorang lagi sensei KKTM Beranang yang menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini...

Tahniah dan selamat berbahagia hingga ke anak cucu...cicit...piut...

KKTMB...Pendaftaran Pelajar Baru






Kepada Pelajar-pelajar baru...

Tahniah dan selamat datang...

Omedetou to yokoso...

KKTMB...Pendaftaran Pelajar Baru Jul-Dis 2011






27hb. Jun 2011, bertempat di Dewan Besar Hyogo, sesi pendaftaran pelajar baru kemasukan Jul Dis 2011 telah dijalankan.

Seramai 100 orang pelajar baru dijangka akan melapor diri.

Terima kasih kepada petugas-petugas pendaftaran yang terdiri daripada sensei-sensei, staff pentadbiran, MPP dan AJK di kalangan gakusei yang membantu.

Arigatou gozaimasu...

Saturday, June 25, 2011

KKTMB...Pembelajaran Sepanjang Hayat







25 dan 26hb Jun 2011, Badan Kebajikan Kakitangan KKTM Beranang telah menganjurkan satu bengkel membuat kek. Bengkel tersebut bertempat di Dewan Makan 1.

Ianya dikendalikan oleh beberapa tenaga orang pengajar dari Kolej Komuniti Ledang yang dibawakan khas untuk menunjukkan cara-cara membuat kek.

Peserta-peserta pula adalah terdiri daripada kakitangan dan isteri-isteri kaiktangan KKTM Beranang.

Thursday, June 23, 2011

KKTMB...Dialog Halatuju KKTM Beranang








23hb Jun 2011, KKTM Beranang mengadakan satu sesi dialog dan bengkel mengenai konsep dan halatuju KKTM Beranang.

Ianya dihadiri oleh panel-panel dari AISB Sdn Bhd iaitu panel perunding teknologi untuk KKTM Beranang ini.

Panel-panel tersebut ialah Dr. Fauzi Bin Othman, Dr. Hazlina Selamat, Dr.Syarifah Hafizah binti Syed Ariffin, Dr. Shahrom Shah dan Prof. Madya Dr. Azizan bin Asmuni.

Tuesday, June 21, 2011

KKTMB...Perjumpaan dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah






20hb Jun 2011, satu majlis dialog dan penerapan halatuju KKTM Beranang telah diadakan di Theateratte 4 yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah KKTM Beranang.

Dalam perjumpaan ini, Timbalan Pengarah (HEA) Tuan Haji Nuriman bin Yusop telah membentangkan kembali kurikulum KKTM Beranang kepada para pensyarah sebagai persediaan KKTM Beranang menghadapi proses akreditasi MQA pada bulan Julai 2011 nanti.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat daripada Tuan Pengarah, Tuan Haji Wan Sabri bin Wan Ismail yang membentangkan Kerangka Plan & Strategi Transformasi MARA 2011 - 2020.

Thursday, June 9, 2011

KKTMB...Musim Kahwin Melanda...


04hb Jun 2011, Ezad Sensei selamat melangsungkan perkahwinannya di Klang Selangor.

Ezad san...omedetouuuu...

Selamat Pengantin Baru...semoga bahagia ke anak cucu...

Sementara itu di Kuala Terengganu, Rasaudden sensei juga selamat melangsungkan perkahwinan beliau.

Rudi san...omedetou gozaimashita...

Sunday, May 22, 2011

KKTMB...hadiah buku...



Masih ingat pada Sayako san? Baru-baru ini, rakan KKTM beranang dari Jepun ini telah menghadiah beberapa naskah buku Bahasa Jepun untuk diletakkan di Perpustakaan Shizuoka KKTM Beranang.

Tujuannya adalah untuk pelajar-pelajar KKTMB membacanya untuk tujuan pembelajaran bahasa Jepun. Dua tajuk buku tersebut ialah "Black Jack" dan "Spirit Away".

Diharapkan para pelajar dapat menggunakan buku-buku tersebut untuk mempertingkat penguasaan Bahasa Jepun masing-masing.

Kepada Sayako san...arigatou gozaimashita..

Saturday, May 21, 2011

KKTMB...Ceramah Pencegahan Kebakaran




13hb Mei 2011, satu ceramah bertajuk Fire Prevention Awereness telah diadakan kepada kakitangan KKTM Beranang.

Ceramah disampaikan oleh Encik Ken Eng dari Fire Prevention Center iaitu sebuah NGO yang memberikan kesedaran dan ceramah mengenai bahaya kebakaran secara percuma di Malaysia.

Friday, May 20, 2011

KKTMB...Datang dan Pergi...

16hb Mei 2011, KKTM Beranang kehilangan seorang pelajarnya iaitu saudara Muaddib bin Mustapher.

Beliau adalah pelajar semester 2 kursus embedded system. Al-fatihah kepada roh beliau.

sambungan berita di www.embeddedkktmb.blogspot.com

Thursday, May 12, 2011

KKTMB...Hari Pembentangan Final Year Project 2




12hb Mei 2011, telah diadakan sesi pembentangan Final Year Project 2 pelajar semester 5 KKTM Beranang.

Sebanyak 14 hasil projek telah dibentangkan dan setakat ini 13 projek telah mencapai objektif dan berfungsi dengan jayanya.

Kepada pelajar-pelajar semester 5...omedetou...bolehlah pergi Latihan Industri dengan senang hati.
Gambar-gambar akan dimuat naik di webblog www.kktmberanang2.blogspot.com

Tuesday, May 10, 2011

KKTMB...Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2011




05hb Mei 2011, satu Majlis Pelancaran Skill Malaysia 2011 anjuran Kementerian Sumber Manusia telah berlansung di Putrajaya. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

KKTM Beranang bersama beberapa IKM dan KKTM lain sempat membuka tapak pameran di majlis itu. Wakil KKTM Beranang diketuai oleh Mohd Radzi sensei.

Beliau diiringi oleh pelajar-pelajar KKTM Beranang iaitu Zulhelmi, Nafis, Taufik dan Norhalis. Masing-masing mempamerkan hasil projek subjek microcontroller mereka.

Wednesday, May 4, 2011

KKTMB...Bengkel Cement Ferro




04hb Mei 2011, Kakitangan KKTM Beranang sempat mengadakan bengkel kerja cement ferro. Bengkel dikendalikan oleh En. Fuad dan dihadiri oleh kakitangan pentadbiran. Encik Fuad adalah kakitangan MARA di MRSM Kuala Kelewang, Negeri Sembilan.