Friday, June 26, 2026

🏅🏅 TAHNIAH TVETMARA MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE!!

 






🏅🏅 TAHNIAH TVETMARA MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE!!


TVETMARA MJII terus mengharumkan nama institusi apabila dua warga pendidik, Puan Tg Noorhidayati bt. Tg.Mohamed (Pegawai Kaunseling dan Kerjaya) dan Pn. Noor Azwani bt Zakaria (Pensyarah Jabatan Pengajian Am) terpilih menjadi juri dalam 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition (INNOCARE 2026) yang telah berlangsung di UPSI Tanjung Malim, Perak.


Pelantikan berprestij ini menyaksikan komitmen tinggi yang diterjemahkan oleh kedua-dua tokoh:


📌 Puan Tg Noorhidayati telah diamanahkan sebagai juri bagi Pusingan Pertama secara dalam talian (18 Mei hingga 23 Mei 2026), dan seterusnya menggalas tanggungjawab sebagai juri fizikal (bersemuka) untuk peringkat akhir.


📌 Pn. Noor Azwani pula dilantik sebagai juri secara bersemuka bagi menilai pembentangan di pusingan akhir pertandingan tersebut.


Kehadiran mereka di pentas akhir pada 19 Jun 2026 dalam menilai barisan finalis hebat dari pelbagai negara bukan sahaja mengangkat martabat institusi, malah menjadi bukti nyata jalinan kerjasama strategik antarabangsa antara TVETMARA MJII dan UPSI.


Kejayaan ini membuktikan bahawa kepakaran, pengalaman, dan profesionalisme warga pendidik TVETMARA MJII diiktiraf di peringkat global, sekali gus menunjukkan acuan pentas kemahiran mampu melahirkan impak bertaraf antarabangsa.


✨ Berinovasi Dengan Kemahiran


#TVETMARA #MJII #INNOCARE2026 #Inovasi #TVETMalaysia #KemahiranMasaDepan #BerinovasiDenganKemahiran #ProudToBeMJII

by sensei Dzul

No comments:

Post a Comment