1. Nama Program : Pembentangan Project Proposal Bersama Alumni DKR Sesi JJ2026
2. Tarikh : 24 April 2026 (Jumaat)
3. Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
4. Tempat: Lab Fiber Optic dan Lab RF & Microwave
5. Peserta: 33 orang pelajar Semester 4 (Shimano & Nintendo)dan 2 orang Alumni DKR
6. Sinopsis/Keterangan:
Program ini dianjurkan bagi menyediakan platform kepada pelajar Semester 4 Program Data Transmission & Network (DKR) untuk membentangkan cadangan projek tahun akhir mereka dalam suasana pembelajaran yang lebih profesional serta berorientasikan industri. Program ini melibatkan penyertaan seramai 33 orang pelajar daripada kelas Shimano dan Nintendo.
Program turut melibatkan penyertaan dua orang alumni DKR iaitu Muhammad Hanif Bin Hasnan, yang kini berkhidmat sebagai Project Engineer di Technet Computing Sdn Bhd, serta Muhammad Akmal Syazwan Bin Yazid, yang berkhidmat sebagai Project Coordinator di Rogue Asia Sdn Bhd. Kehadiran alumni ini memberikan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pandangan profesional serta perkongsian pengalaman berkaitan pembangunan projek teknikal dan keperluan sebenar industri semasa.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap proses pembentangan cadangan projek secara profesional, di samping mendapatkan cadangan penambahbaikan, maklum balas teknikal, serta panduan dalam memastikan projek yang dibangunkan mempunyai elemen inovasi, kebolehlaksanaan, dan kesesuaian dengan perkembangan teknologi terkini. Selain itu, program ini turut berperanan mengukuhkan hubungan antara institusi, pelajar dan alumni melalui budaya perkongsian ilmu, pengalaman industri, serta pembangunan jaringan profesional.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti perancangan projek pelajar, memperkukuhkan kemahiran komunikasi teknikal, serta melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing, dan bersedia memenuhi keperluan industri selaras dengan perkembangan teknologi masa kini
by sensei Hajar






.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment