Wednesday, June 24, 2026

Kunjungan ke Pejabat Pengarah TVETMARA MJII

 






Nama Aktiviti: Kunjungan ke Pejabat Pengarah TVETMARA MJII

Tarikh: 3 April 2026

Tempat: Bilik Sendai

Penglibatan: 6 Orang (Seorang Wakil Tekmark, Pengarah TVETMARA MJII, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Jabatan DKR dan 2 orang pensyarah)


Pada 3 April 2026, TVETMARA MJII telah menerima kunjungan daripada wakil Tekmark iaitu En Andy Loo (Vice President-Sales Tekmark), rakan perniagaan Huawei Technologies bagi sektor pendidikan di Malaysia, bertempat di MJII, Beranang.


Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama berkaitan pembangunan makmal teknologi Huawei yang memberi fokus kepada bidang 5G Telecommunication dan Datacom bagi menyokong pelaksanaan program Hi-Impact TVET.


Perbincangan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem teknologis di TVETMARA MJII, di samping membuka peluang kepada pelajar dan graduan untuk mendapat pendedahan kepada teknologi industri semasa yang relevan dengan keperluan negara.


Semoga jalinan kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi, kemahiran dan kebolehpasaran graduan TVETMARA MJII pada masa hadapan.

by sensei Azlin

No comments:

Post a Comment