1. Nama Program : Mesyuarat Program DKR Bersama Huawei Bil 2 Sesi JJ2026
2. Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
3. Masa : 2.00 -5.00 petang
4. Tempat: Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
5. Peserta: 3 orang pengajar DKR dan 4 orang staf Huawei
6. Sinopsis/Keterangan:
Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Program Data Transmission & Netwrok (DKR) dan pihak industri, khususnya bersama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd.
Program dimulakan dengan sesi lawatan ke Huawei AI Lab and Innovation Centre bagi memberi pendedahan kepada para pengajar mengenai perkembangan terkini teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), inovasi digital serta aplikasi teknologi yang sedang digunakan dalam industri global pada masa kini.
Seterusnya, sesi mesyuarat diadakan bagi membincangkan perancangan program kerjasama antara kedua-dua pihak, termasuk peluang kolaborasi dalam bidang akademik, pembangunan kompetensi pelajar serta inisiatif lain yang dapat meningkatkan kesesuaian kurikulum dengan keperluan industri semasa. Program ini secara tidak langsung memperkukuhkan jaringan industri serta membuka ruang kepada pembangunan ekosistem pendidikan teknikal yang lebih relevan dan berdaya saing.
by sensei Hajar



.jpeg)

No comments:
Post a Comment