Laporan Ringkas: Pencapaian Kumpulan Synergi TVET MARA MJII dalam Pertandingan Inovasi Selangor 2026
Kejayaan Melepasi Saringan Penilaian Pertama Pertandingan Inovasi Selangor AINS 2026
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Synergi TVET MARA MJII kerana telah berjaya melepasi saringan penilaian pertama dalam Pertandingan Inovasi Selangor AINS 2026. Kejayaan ini merupakan satu langkah awal yang amat bermakna dalam memartabatkan cetusan idea dan kreativiti berteraskan inovasi dalam TVET di peringkat negeri Selangor. Kumpulan Synergi TVETMARA MJII yang diwakili oleh Puan Tg. Noorhidayati Tg Mohamed, En. Ahmad Mukhlis b.Mat Daud dan Pn. Nur Hidayah binti Baharom
telah mempertaruhkan projek Inovasi yang bertajuk "Wasenta -Hub MJII: Hab Kesejahteraan Komuniti", daripada 241 jumlah penyertaan dari pelbagai peringkat dan komuniti.
Pihak kumpulan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh pengurusan TVETMARA MJII dan kerjasama semua warga TVETMARA MJII.
Sama-sama kita doakan agar perjalanan kumpulan Synergi TVET MARA MJII dipermudahkan, dikurniakan impak yang cemerlang pada fasa penilaian seterusnya, dan berjaya melangkah masuk sebagai finalis Pertandingan Inovasi AINS Selangor 2026. Semoga kejayaan berpihak kepada kita!

No comments:
Post a Comment