✨ CELIK HUKUM, TERJAGA ADAB: MEMBINA GENERASI TVET BERILMU DAN BERAKHLAK
TVETMARA MJII | 9 Oktober 2026 — Pengisian rohani menjadi pelengkap kepada kecemerlangan ilmu dan kemahiran menerusi Slot Kouza iaitu Program Bacaan Yasin dan Perkongsian Ilmu bertajuk “Celik Hukum Ikhtilat dan Aurat”, yang dilaksanakan secara dalam talian melalui Microsoft Teams.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh saudara Naim Zainuddin bin Naziran Khalis (DKC – Canon), diikuti perkongsian ilmu oleh Ustaz Ahmad Azim Bin Ahmad Shukri, (Pensyarah Unit Pengajian Islam) mengenai adab pergaulan dan penjagaan aurat dalam kehidupan seharian.
Antara pengisian utama ialah menjaga pertuturan, mengelakkan situasi berdua-duaan yang boleh membuka ruang fitnah, serta memelihara batas pergaulan ketika berkomunikasi melalui WhatsApp dan media sosial. Penekanan turut diberikan kepada pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna, sopan dan bersesuaian.
Program ini turut menyampaikan peringatan berkaitan disiplin kehidupan di kolej, termasuk etika pemakaian, pematuhan waktu keluar dan pulang serta penjagaan solat.
Pengisian ini bertujuan menyemai kesedaran bahawa kecemerlangan generasi TVET turut diperkukuh oleh sahsiah, disiplin dan penghayatan nilai agama.
🌟 Berilmu dalam tindakan, beradab dalam pergaulan, berintegriti dalam kehidupan.
by sensei Azarina

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment