Friday, October 9, 2026

Field Study bagi kursus Measurement and Instrumentation di PETRONAS AutoExpert @ DSN AutoCare

 




DARI BILIK KULIAH KE DUNIA INDUSTRI!

Menghubungkan Ilmu, Mengasah Kemahiran, Membina Profesional Masa Hadapan!


📅 9 September 2026 (Rabu)

📍 PETRONAS AutoExpert @ DSN AutoCare, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

🎓 Jabatan Sistem Terbenam | TVETMARA MJII


💡 BELAJAR MELALUI PENGALAMAN, BERSIAP UNTUK MASA HADAPAN!


Ilmu bukan sekadar teori di dalam bilik kuliah. Di Jabatan Sistem Terbenam, TVETMARA MJII, pembelajaran diperkasakan melalui pengalaman sebenar di lapangan bagi mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dunia industri yang sentiasa berkembang.


Seramai empat orang pelajar Semester 3 Jabatan Sistem Terbenam telah menyertai aktiviti Field Study bagi kursus Measurement and Instrumentation di PETRONAS AutoExpert @ DSN AutoCare, Bandar Baru Bangi.


👩‍🎓 Barisan pelajar yang terlibat:

🔹 Wan Zulaikha binti Wan Ismawie

🔹 Nuratiqah binti Roslan

🔹 Nor Aidatul Nadhirah binti Ropandi

🔹 Muhammad Rafique Hamzah bin Hamzah


🔧 MENEROKA APLIKASI TEKNOLOGI DALAM DUNIA SEBENAR


Lebih menarik, para pelajar berpeluang menemubual wakil industri, Encik Muhammad Sobri bin Zubir, bagi mendapatkan pendedahan secara langsung tentang penggunaan sistem dan peralatan pengukuran dalam operasi automotif.


Pengalaman ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri penggunaan peralatan pengukuran, memahami kepentingan ketepatan bacaan serta menghubungkan konsep yang dipelajari dengan amalan sebenar di tempat kerja.


🎯 APA YANG DIPEROLEH PELAJAR?


✅ Memahami aplikasi Measurement and Instrumentation dalam industri automotif.

✅ Mengenali penggunaan peralatan pengukuran dalam persekitaran kerja sebenar.

✅ Mengasah kemahiran komunikasi melalui interaksi dan temu bual bersama pihak industri.

✅ Membina pemikiran kritis serta meningkatkan keyakinan untuk menghadapi alam pekerjaan.


🌟 KOMITMEN TVETMARA MJII: MELAHIRKAN BAKAT, MEMACU MASA HADAPAN


Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, amat menggalakkan jalinan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan pihak industri bagi memastikan pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang relevan dengan kehendak pasaran kerja.


Pendekatan ini mencerminkan komitmen TVETMARA MJII untuk terus memperkukuh pendidikan TVET yang berorientasikan industri serta melahirkan graduan berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.

by sensei Rahman

No comments:

Post a Comment