πΈ✨ BICARA ANGGUN: LESTARIKAN MARUAH, BENTENG SAHSIAH ✨πΈ
Sopan dalam pergaulan, kuat dalam prinsip, mulia dalam diri.
Maruah wanita bukan sekadar pada penampilan, tetapi terpancar melalui tutur kata, tingkah laku, adab dan keupayaan menjaga batas dalam setiap pergaulan. π
Atas kesedaran tersebut, pada 16 Okt 2026 jam 9mlm, AJK Felo Perempuan TVETMARA MJII telah menganjurkan program Bicara Anggun: Lestarikan Maruah, Benteng Sahsiah yang menghimpunkan semua pelajar perempuan TVETMARA MJII dalam usaha menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga maruah diri, memperkukuh disiplin serta membentuk sahsiah wanita yang berilmu, beradab dan berprinsip.
Program ini turut memberi ruang kepada para pelajar untuk membuat refleksi kendiri tentang pergaulan, disiplin dan penjagaan aurat sebagai asas pembentukan wanita yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi akhlak dan keperibadian. π·
π
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
πΉ Puan Noor Hakima binti Ahmad
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Khidmat Pengurusan
πΉ Puan Nor riah Hani binti Jamaluddin
Kaunselor TVETMARA MJII
πΉ Ustazah Nor Hidayah binti Adimun
Pengajar Unit Pendidikan Islam
Penghargaan turut diberikan kepada AJK Felo Perempuan TVETMARA MJII, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta seluruh pelajar perempuan yang memberikan komitmen dan penyertaan yang baik sepanjang program berlangsung.
Semoga perkongsian dan pengisian yang disampaikan menjadi pedoman dalam kehidupan seharian, seterusnya melahirkan generasi wanita yang bijaksana membuat pilihan, teguh mempertahankan prinsip dan sentiasa memelihara maruah diri. π
Kerana wanita yang anggun bukan hanya indah pada rupa, tetapi juga terserlah melalui akhlak, ilmu dan keperibadian.
πΈ Pelajar Berilmu, Wanita Berwibawa! πΈ
by Puan Hidayah Library

.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment