Thursday, October 1, 2026

TOP 5 WORLD ELECTRONICS, WORLDSKILLS COMPETITION SHANGHAI 2026

 










TVETMARA MJII CIPTA PENCAPAIAN DI PENTAS DUNIA – TOP 5 WORLD ELECTRONICS, WORLDSKILLS COMPETITION SHANGHAI 2026


Tarikh: 22 – 27 September 2026

Tempat: Shanghai, China

Pertandingan: WorldSkills Competition Shanghai 2026

Bidang: Electronics


Penglibatan:


Jurulatih Negara: Encik Fadzly bin Mohd Zain (DKM)

Peserta Negara: Amirul Sharif bin Sharifudin


Sinopsis / Keterangan Aktiviti:


Satu lagi pencapaian membanggakan telah dilakar di pentas antarabangsa apabila Jurulatih Negara, Encik Fadzly bin Mohd Zain membawa peserta, Amirul Sharif bin Sharifudin, mewakili negara dalam bidang Electronics di WorldSkills Competition Shanghai 2026, yang berlangsung pada 22 hingga 27 September 2026 di Shanghai, China.


Hasil komitmen, disiplin dan persediaan berterusan menyaksikan Amirul Sharif berjaya meraih Medallion for Excellence serta menempatkan diri dalam TOP 5 IN THE WORLD bagi bidang Electronics. Pencapaian ini menjadi kemuncak kepada sebuah perjalanan pertandingan yang bermula dari WorldSkills ASEAN Manila 2025, diteruskan ke WorldSkills Asia Taiwan 2025, sebelum melangkah ke pentas dunia di Shanghai.


Tiga pentas, tiga pencapaian, seribu satu kenangan. Di sebalik kejayaan tersebut tersimpan kesungguhan seorang jurulatih dan peserta yang mengharungi tekanan latihan, persediaan peralatan, mesyuarat, keputusan pertandingan serta pelbagai cabaran sepanjang perjalanan. Setiap cabaran yang dilalui menjadi pengalaman berharga dalam membentuk ketahanan, disiplin dan semangat untuk terus mencapai kecemerlangan.


Bagi TVETMARA MJII, peluang menyaksikan sendiri perjalanan ini dari dekat memberikan pengalaman yang cukup bermakna. Perjuangan, pengorbanan dan kegembiraan pada penghujung setiap pertandingan membuktikan bahawa pencapaian di pentas dunia bukan hadir dalam sekelip mata, sebaliknya dibina melalui latihan, ketekunan, kepakaran dan semangat untuk tidak berhenti melangkah.


Pengarah TVETMARA MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, melihat pencapaian ini sebagai manifestasi potensi besar bakat TVET negara apabila diberikan ruang, bimbingan kepakaran dan pendedahan di peringkat antarabangsa. Kejayaan menempatkan bidang Electronics dalam kelompok terbaik dunia turut memperkukuh tekad TVETMARA MJII untuk terus membangunkan modal insan berkemahiran tinggi dan bertaraf dunia yang mampu menyumbang kepada kemajuan industri elektronik negara.


Ribut telah diredah, sejarah telah dicipta. Tahniah dan penghargaan kepada Encik Fadzly bin Mohd Zain dan Amirul Sharif bin Sharifudin atas perjuangan serta pencapaian yang membanggakan negara. Terima kasih kerana memberikan TVETMARA MJII satu tempat dalam perjalanan luar biasa ini.


Until we meet again on the next world stage.

by sensei Azeera 

No comments:

Post a Comment