Thursday, June 13, 2024

JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR 2024 NEGERI SELANGOR

 







1. PROGRAM :    JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR 2024 NEGERI SELANGOR

2. TARIKH : 08 JUN 202

3. TEMPAT : KIPP MALL KOTA WARISAN, SEPANG

4. PENGANJUR :  MARA NEGERI SELANGOR

5. PENGLIBATAN : 2 ORANG PETUGAS PROMOSI

                                                     PN. NOOR AZWANI BIN ZAKARIA

                                                     CIK FADZLIANI BT KUSIN

6. SIPNOSIS :

Jelajah Pendiddikan Luar Bandar 2024 Negeri Selangor adalah anjuran PMN Selangor. Program ini bertujuan untuk mempromosikan Ekosistem Pendidikan MARA serta menyampaikan maklumat berkaitan peluang peluang pendidikan kepada masyarakat luar bandar di negeri Selangor. Dua orang Pegawai Promosi telah ditugaskan untuk menjaga booth pameran dan memberi taklimat bagi memperkenalkan TVETMARA serta menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang.

by HEP Puan Zamzurina

HARI TVET NEGARA 2024 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

 






1. NAMA AKTIVITI  :  HARI TVET NEGARA 2024 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

2. TARIKH    : 06 – 08 JUN 2024

3. TEMPAT    : ILP KUALA LANGAT BANTING SELANGOR

4. PENGLIBATAN    :  5 ORANG PENSYARAH 

5. SINOPSIS: 

Program ini di bawah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bagi tujuan untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai dasar, inisiatif dan bidang TVET yang ditawarkan di Malaysia di mana Sambutan Hari TVET Negara 2024 adalah merupakan salah satu daripada elemen promosi dan publisiti. Petugas Promosi MJII bertugas  di booth pameran dan memberi taklimat bagi memperkenalkan TVETMARA serta menyalurkan maklumat mengenai program pengajian yang terdapat di MJII Beranang.

by HEP Puan Zamzurina

PROGRAM GOTONG ROYONG ASRAMA MJII 2024

 





1. Nama aktiviti:  PROGRAM GOTONG ROYONG ASRAMA MJII 2024

2. Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis)

3. Tempat: Asrama MJII dan kawasan sekitar

4. Penglibatan:  Semua Pelajar, staf MJII yang terlibat dan pegawai PKD

5. Sinopsis: 

Semua pelajar MJIII, staf MJII yang terlibat dan 7 orang pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi Asrama MJII dan Kawasan sekitar. Program gotong royong ini bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Program ini bertujuan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seterusnya dapat membanteras kes demam denggi, menjadikan kawasan persekitaran asrama yang kemas dan selesa dan akhir sekali dapat mengukuhkan kerjasama diantara MJII Beranang dan PKD Hulu Langat. Terdapat beberapa cadangan dan teguran daripada pihak PKD yang boleh ditambah baik dalam menghapus tempat pembiakan nyamuk Aedes. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.

by sensei Syaaban

Taklimat Kaunseling Kerjaya Melalui E-Potensi di Program Jelajah Karnival Pendidikan MARA

 







1. Nama Program:  Taklimat Kaunseling Kerjaya Melalui E-Potensi di Program Jelajah Karnival Pendidikan MARA 

2. Pegawai  : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed (Kaunselor MJII Beranang) dan Encik Muhammad Farid bin Sulaiman   (Kaunselor MRSM Sungai Besar)

3. Tarikh/Hari : 28 Mei 2024/ Selasa

4. Masa : 10.00 - 4.00 petang.

5. Tempat: UTC Anggerik Mall, Selangor

6. Penganjur :  MARA Negeri Selangor


Kaunseling Kerjaya e-POTENSI bertujuan membantu pelajar lepasan SPM atau yang sedang mengikuti pengajian di pelbagai institusi pendidikan membuat pemilihan kerjaya yang tepat berkaitan program pengajian bagi peringkat tertiari. 


Tujuan kaunseling kerjaya E-POTENSI ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pelajar mengikut kelompok kerjaya berdasarkan trait personaliti, minat, kebolehan dan kecekapan. Pelajar akan diberikan peluang untuk menguji personaliti dengan menjalani e-POTENSI ini. 


Selain membantu bagi mendedahkan pelajar untuk mengukur kencenderungan dan mengenalpasti minat individu, instrumen ini juga membolehkan pelajar meneroka dan memilih prospek kerjaya untuk diceburi yang sesuai dengan program dan bidang pengajian yang terdapat di IPMA.

by Kaunselor Yati


Promosi sempena karnival hal ehwal murid 2024

 


Rabu, 12 Jun 2024... Promosi sempena karnival hal ehwal murid 2024 di sekolah menegah khir johari beranang.jom masuk mjii

Talk kerjaya dan promosi MJII bersama pelajar SPM 2024 MRSM Terendak dan MRSM TGB

 






Selasa, 11 Jun 2024...... Talk kerjaya dan promosi MJII bersama pelajar SPM 2024 MRSM Terendak dan MRSM TGB.

1. Nama Program:  Taklimat Promosi dan Slot Motivasi

2. Penceramah : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed (Kaunselor MJII Beranang)

3. Tarikh/Hari : 10 Jun 2024/ Isnin

4. Masa : 3.30 - 4.30 petang.

5. Tempat: MJII

6. Penganjur : Guru Seni Reka Cipta MRSM dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang.

7. Sasaran : melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 5 MRSM TGB dan Terendak 


Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi suntikan motivasi sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba pada bulan Oktober nanti. Selain itu, program taklimat MJII dan program TVET  juga diketengahkan untuk memberi pendedahan awal kepada bakal pelajar-pelajar untuk program pengajian peringkat diploma yang ditawarkan  dan peluang pengajian di bawah program TVET MARA dan institusi yang ada di bawah IPMA. 


Taklimat ini melibatkan lebih kurang seramai 30 pelajar tingkatan 5 MRSM  yang menghadiri program  Bengkel KRSV bersama guru seni MRSM yang bertempat di MJII. 


Diharapkan dengan perkongsian taklimat dan slot motivasi ini dapat membantu meningkatkan lagi semangat belajar di kalangam pelajar tingkatan 5 MRSM Terendak dan MRSM Tun Ghaffar Baba untuk terus berusaha dengan cemerlang dalam bidang akademik. Seterusnya, memilih laluan kerjaya yang tepat serta menyambung pendidikan peringkat diploma dan ijazah di dalam program pelajar cemerlang mahupun Institusi Pendidikan MARA sebagai pilihan utama mereka.

by kaunselor hidayati

Monday, June 10, 2024

Info MJII.... Aktiviti Promosi Jun 2024

 


Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA 2024 @ Kip Mall

8 Jun 2024 : Sabtu Sepang Selangor.

Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar telah diadakan di Kip Mall Kota Warisan.


Institusi Pendidikan MARA yang turut serta Universiti Kuala Lumpur,GMI,UPTM,

KM,KPM,KKTM,Giat MARA,MJII dan KPTM.


Kehadiran Peserta seramai hampir 500 orang termasuk pelajar-pelajar SPM 2023 dari Pusat Pengajian  Miinda Al Azkiyah Sepang seramai 20 orang serta Anak - anak Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya seramai 35 orang.


Sesi taklimat kemasukan ke IPMA telah mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir .

"Penerangan yang jelas  memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pinjaman pelajaran dan lain - lain kemudahan amat bermakna kepada ibu bapa yang memerlukan dan sangat membantu" kata seorang bapa pelajar yang turut serta mendengar taklimat yang disampaikan.


Turut hadir :

Yang Berusaha

Dr Ahmad Sabri bin Kassim.

Pengarah MARA Negeri Selangor.

 En Ahmad Firdaus bin Rozali

Ketua Unit PUSMA Negeri Selangor.

Puan Norliah binti Khalid

STO Negeri Selangor.


JPLB kali ini juga mendapat perhatian  dari Yang Berbahagia Dato ngadenin Musa Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepang yang turut menyempurnakan "Walkabout" ke Reruai IPMA.


Program selesai pada pukul 4.00 Petang.

by Puan Zam HEP



Info MJII.... Aktiviti Promosi MJII utk SPM 2023

 





Aktiviti Jun 2024... Aktiviti Promosi sempena Keputusan SPM 2023

Friday, June 7, 2024

Lawatan Kelab Bahasa Jepun MJII ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun di Muzium Negara & ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

 









1. Nama aktiviti:  Lawatan Kelab Bahasa Jepun MJII ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun  di Muzium Negara & ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

2. Tarikh: 1 Jun 2024 (Sabtu)

3. Tempat: Muzium Negara & World Trade Centre Kuala Lumpur

4. Penglibatan:  2 orang pensyarah dan 35 orang pelajar ( ahli Kelab Bahasa Jepun)

5. Sinopsis: 

Seramai 2 orang pensyarah dan 35 orang pelajar dari ahli Kelab Bahasa Jepun telah menyertai lawatan ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun  di Muzium Negara. Program ini diadakan bersempena dengan Pameran Anak Patung Jepun (Japanese Doll Exhibition) di Muzium Negara Malaysia. Ia dianjurkan oleh Yayasan Jepun (Japan Foundation), bersama Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara, dan Kedutaan Jepun. Program ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan berkaitan dengan budaya Jepun seperti bengkel masakan dan permainan tradisional Jepun, demonstrasi Kendo dan Pertandingan Cosplay. Program seperti ini dapat memberi galakan kepada para pelajar MJII untuk meningkatkan dan memperluaskan pengetahuan berkaitan  aspek-aspek unik budaya Jepun dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti yang mempunyai minat terhadap budaya Jepun.

by sensei Fazliani

Tuesday, June 4, 2024

MJII.... Pembentangan Latihan Industri JJ 2024 - Hanshin & Nankai

 



Selasa, 4 Jun 2024... sesi Taklimat Profesional Ethic, Sambung Belajar oleh Unit Perhubungan Industri kepada PElajar-pelajar yang baru habis Latihan Industri. Mereka akan membuat pembentangan LI mereka muaipetang ini dan esok. gambo dpd senpai Afnan Nankai.

Sunday, June 2, 2024

Pertandingan WSMB 2024 peringkat pra kelayakan.

 









1. Nama aktiviti: Pertandingan WSMB 2024 peringkat pra kelayakan.

2. Hari: Jumaat & Sabtu

3. Tarikh: 31/05/2024 & 01/06/2024

4. Tempat: 

CIAST, Shah Alam

5. Penglibatan: 

4 peserta MJII :


i. AMIRUL SHARIF BIN SHARIFUDIN, DKE SEM 4, DENSO

ii. MUHAMMAD AQIL MARZUQI BIN MUHAMAD ARIFPIN, DKS SEM 4, HITACJI

iii. MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD.YASIN, DKC sem 2, YUUSHUUU

iv. AHMAD SALMAN BIN MOHD BURHANUDDIN, SKE SEM 2, JYOUZU


6. Sinopsis: 

Pertandingan WorldSkill Malaysia Belia (WSMB) 2024 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang terdiri daripada belia/pelajar/pekerja mahir yang berumur tidak melebihi 21 tahun. Pertandingan WSMB peringkat pra kelayakan kali ini telah disertai oleh  52 peserta mewakili agensi institut latihan kemahiran seluruh negara seperti MARA, Politeknik, JTM, KV, GiatMARA dan sebagainya

by sensei Yusuf