Tuesday, November 3, 2026

DKC...LAWATAN INDUSTRI DKC KE YAKULT (MALAYSIA) SDN. BHD.

 






LAWATAN INDUSTRI DKC KE YAKULT (MALAYSIA) SDN. BHD.


Tarikh: 23 Oktober 2026 (Jumaat)  

Tempat: Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Seremban, Negeri Sembilan  

Anjuran: Jabatan Electronics Measurement & Control (DKC), TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII)


Ringkasan Program:


Lawatan industri ke Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Seremban, Negeri Sembilan telah diadakan pada 23 Oktober 2026 dengan penglibatan pelajar dan pensyarah Jabatan Electronics Measurement & Control (DKC), TVETMARA MJII.


Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai operasi sebenar industri pembuatan minuman probiotik, khususnya proses pengeluaran, kawalan kualiti serta aplikasi teknologi automasi dalam industri makanan dan minuman.


Melalui lawatan ini, pelajar berpeluang menambah pengetahuan mengenai proses pembuatan produk Yakult serta mengaitkan pembelajaran teori berkaitan instrumentasi dan kawalan proses dengan aplikasi dalam sektor industri.


Selaras dengan aspirasi Pengarah TVETMARA MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin, untuk memperkukuh MJII sebagai pusat kecemerlangan TVET yang berteraskan inovasi, teknologi dan kolaborasi strategik industri,  lawatan industri ini merupakan satu platform pembelajaran yang bermanfaat dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap persekitaran industri sebenar. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara TVETMARA MJII dengan pihak Yakult Malaysia pada masa hadapan.

by sensei Mutalib

No comments:

Post a Comment