Friday, June 7, 2024

Lawatan Kelab Bahasa Jepun MJII ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun di Muzium Negara & ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

 









1. Nama aktiviti:  Lawatan Kelab Bahasa Jepun MJII ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun  di Muzium Negara & ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024

2. Tarikh: 1 Jun 2024 (Sabtu)

3. Tempat: Muzium Negara & World Trade Centre Kuala Lumpur

4. Penglibatan:  2 orang pensyarah dan 35 orang pelajar ( ahli Kelab Bahasa Jepun)

5. Sinopsis: 

Seramai 2 orang pensyarah dan 35 orang pelajar dari ahli Kelab Bahasa Jepun telah menyertai lawatan ke Program Sempena Hari Kebudayaan Jepun  di Muzium Negara. Program ini diadakan bersempena dengan Pameran Anak Patung Jepun (Japanese Doll Exhibition) di Muzium Negara Malaysia. Ia dianjurkan oleh Yayasan Jepun (Japan Foundation), bersama Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara, dan Kedutaan Jepun. Program ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan berkaitan dengan budaya Jepun seperti bengkel masakan dan permainan tradisional Jepun, demonstrasi Kendo dan Pertandingan Cosplay. Program seperti ini dapat memberi galakan kepada para pelajar MJII untuk meningkatkan dan memperluaskan pengetahuan berkaitan  aspek-aspek unik budaya Jepun dan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti yang mempunyai minat terhadap budaya Jepun.

by sensei Fazliani

No comments:

Post a Comment