Thursday, June 13, 2024

Taklimat Kaunseling Kerjaya Melalui E-Potensi di Program Jelajah Karnival Pendidikan MARA

 







1. Nama Program:  Taklimat Kaunseling Kerjaya Melalui E-Potensi di Program Jelajah Karnival Pendidikan MARA 

2. Pegawai  : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed (Kaunselor MJII Beranang) dan Encik Muhammad Farid bin Sulaiman   (Kaunselor MRSM Sungai Besar)

3. Tarikh/Hari : 28 Mei 2024/ Selasa

4. Masa : 10.00 - 4.00 petang.

5. Tempat: UTC Anggerik Mall, Selangor

6. Penganjur :  MARA Negeri Selangor


Kaunseling Kerjaya e-POTENSI bertujuan membantu pelajar lepasan SPM atau yang sedang mengikuti pengajian di pelbagai institusi pendidikan membuat pemilihan kerjaya yang tepat berkaitan program pengajian bagi peringkat tertiari. 


Tujuan kaunseling kerjaya E-POTENSI ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pelajar mengikut kelompok kerjaya berdasarkan trait personaliti, minat, kebolehan dan kecekapan. Pelajar akan diberikan peluang untuk menguji personaliti dengan menjalani e-POTENSI ini. 


Selain membantu bagi mendedahkan pelajar untuk mengukur kencenderungan dan mengenalpasti minat individu, instrumen ini juga membolehkan pelajar meneroka dan memilih prospek kerjaya untuk diceburi yang sesuai dengan program dan bidang pengajian yang terdapat di IPMA.

by Kaunselor Yati


No comments:

Post a Comment