Monday, June 10, 2024

Info MJII.... Aktiviti Promosi Jun 2024

 


Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA 2024 @ Kip Mall

8 Jun 2024 : Sabtu Sepang Selangor.

Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar telah diadakan di Kip Mall Kota Warisan.


Institusi Pendidikan MARA yang turut serta Universiti Kuala Lumpur,GMI,UPTM,

KM,KPM,KKTM,Giat MARA,MJII dan KPTM.


Kehadiran Peserta seramai hampir 500 orang termasuk pelajar-pelajar SPM 2023 dari Pusat Pengajian  Miinda Al Azkiyah Sepang seramai 20 orang serta Anak - anak Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya seramai 35 orang.


Sesi taklimat kemasukan ke IPMA telah mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir .

"Penerangan yang jelas  memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pinjaman pelajaran dan lain - lain kemudahan amat bermakna kepada ibu bapa yang memerlukan dan sangat membantu" kata seorang bapa pelajar yang turut serta mendengar taklimat yang disampaikan.


Turut hadir :

Yang Berusaha

Dr Ahmad Sabri bin Kassim.

Pengarah MARA Negeri Selangor.

 En Ahmad Firdaus bin Rozali

Ketua Unit PUSMA Negeri Selangor.

Puan Norliah binti Khalid

STO Negeri Selangor.


JPLB kali ini juga mendapat perhatian  dari Yang Berbahagia Dato ngadenin Musa Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sepang yang turut menyempurnakan "Walkabout" ke Reruai IPMA.


Program selesai pada pukul 4.00 Petang.

by Puan Zam HEP



No comments:

Post a Comment