Thursday, June 13, 2024

Talk kerjaya dan promosi MJII bersama pelajar SPM 2024 MRSM Terendak dan MRSM TGB

 






Selasa, 11 Jun 2024...... Talk kerjaya dan promosi MJII bersama pelajar SPM 2024 MRSM Terendak dan MRSM TGB.

1. Nama Program:  Taklimat Promosi dan Slot Motivasi

2. Penceramah : Puan Tengku Noorhidayati bt Tengku Mohamed (Kaunselor MJII Beranang)

3. Tarikh/Hari : 10 Jun 2024/ Isnin

4. Masa : 3.30 - 4.30 petang.

5. Tempat: MJII

6. Penganjur : Guru Seni Reka Cipta MRSM dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Bimbingan MJII Beranang.

7. Sasaran : melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 5 MRSM TGB dan Terendak 


Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi suntikan motivasi sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba pada bulan Oktober nanti. Selain itu, program taklimat MJII dan program TVET  juga diketengahkan untuk memberi pendedahan awal kepada bakal pelajar-pelajar untuk program pengajian peringkat diploma yang ditawarkan  dan peluang pengajian di bawah program TVET MARA dan institusi yang ada di bawah IPMA. 


Taklimat ini melibatkan lebih kurang seramai 30 pelajar tingkatan 5 MRSM  yang menghadiri program  Bengkel KRSV bersama guru seni MRSM yang bertempat di MJII. 


Diharapkan dengan perkongsian taklimat dan slot motivasi ini dapat membantu meningkatkan lagi semangat belajar di kalangam pelajar tingkatan 5 MRSM Terendak dan MRSM Tun Ghaffar Baba untuk terus berusaha dengan cemerlang dalam bidang akademik. Seterusnya, memilih laluan kerjaya yang tepat serta menyambung pendidikan peringkat diploma dan ijazah di dalam program pelajar cemerlang mahupun Institusi Pendidikan MARA sebagai pilihan utama mereka.

by kaunselor hidayati

No comments:

Post a Comment