Monday, December 18, 2023

3rd UniKL International Robattle Competition 2023

 












1. Nama aktiviti: 3rd UniKL International Robattle Competition 2023

2. Tarikh: 10-12 Disember  2023

3. Tempat: UniKL MFI Bangi, Selangor

4. Penglibatan:  2 orang pensyarah dan 8 orang pelajar DKS

5. Sinopsis: 3rd UniKL International Robattle Competiton 2023 dianjurkan oleh pihak UniKL MFI. Pelbagai kategori pertandingan telah diadakan termasuk daripada pernyertaan pihak sekolah dan institusi pendidikan dalam dan luar negara. MJII telah menyertai 4 kategori pertandingan ini iaitu Combat Robot 8kg, Sumo Robot 3kg (Open), Line Following(Open) dan Innovation Competition. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

i. Kategori Innovation- Johan

ii. Kategori Line Following Robot(Open): Tempat ke-4

iii. Combat Robot 8kg- Peringkat suku akhir

iv. Sumo Robot 3kg(Open)- peringkat kumpulan

Melalui pendedahan terhadap pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan kesediaan para pelajar dalam menghadapi pertandingan pada masa akan datang.

by Norizam sensei

Wednesday, December 13, 2023

Kursus IOT Wireless Communication Equipment System

 








1. Nama aktiviti: Kursus IOT Wireless Communication Equipment System

2. Tarikh: 24 November-1 Disember November 2023

3. Tempat: Embedded Application Lab, MJII

4. Penglibatan:  5 orang pensyarah DKE

5. Sinopsis: Kursus ini telah dikendalikan oleh Mr EEric selaku certified trainer daripada keysight. Objektif latihan ini adalah untuk memperkukuhkan Kemahiran dan kepakaran IOT di kalangan tenaga pengajar Jabatan Embedded System agar seiring dengan keperluan industry 4.0. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi kebolehpasaran graduan MJII melalui pembentukan kurikulum yang menjurus kepada “industrial driven curriculum’. Kursus selama 5 hari ini merangkumi teori asas rekabentuk dan validasi sistem IOT dan latihan amali applikasi teknologi tanpa wayar (WLAN, BLE, ZigBee, LoRa) , interpretasi dan mengukur prestasi komunikasi frekuensi radio menggunakan teknologi terkini daripada keysight.

by Hamimi sensei

Lawatan Sambil Belajar Di UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Kedah.

 










1. Nama aktiviti:  Lawatan Sambil Belajar Di UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Kedah.

2. Tarikh: 5 Disember 2023 -  (Selasa-9pg hingga 2ptg)

3. Tempat: UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim Kedah.

4. Penglibatan:  3 orang pensyarah DKM dan 20 orang pelajar.

5. Sinopsis: 

Seramai 3 orang pensyarah dan 20 orang pelajar dari semester 5 Jabatan Mikroelektronik (Kelas Keisei dan Tobu) telah menghadiri lawatan sambil belajar di UNIKL-Malaysian Spanish Institute (MSI) di Kulim, Kedah. Lawatan ini disambut oleh Ts.Dr Muhammad Al’Hapis, Deputy Dean Student Development and Campus Lifestyle dan beberapa kakitangan lain daripada bahagian pengurusan UNIKL-MSI. Objektif lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peluang pengajian para pelajar dalam bidang mikroelektronik, menjelajahi laluan kerjaya, dan mendapatkan pendedahan teknologi terkini melalui lawatan ke makmal dan fasiliti di UNIKL- MSI. UNIKL-MSI merupakan satu institusi Pendidikan tinggi di bawah naungan MARA di mana institusi ini menawarkan pelbagai program Sarjana Muda termasuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik. Kami diberi penerangan tentang syarat kemasukan serta laluan kerjaya di mana institusi ini juga mempunyai kolaborasi bersama industri yang berdekatan untuk peluang pekerjaan para pelajarnya. Selain itu, kami dibawa untuk melawat kemudahan fasiliti yang ada di institusi ini serta lawatan makmal bagi tujuan pendedahan teknologi terkini dalam proses pembuatan mikroelektronik, jenis peralatan dan perisian yang digunakan di UNIKL-MSI. Semoga dengan maklumat yang diberikan, para pelajar dapat membuat pilihan yang terbaik untuk menyambung pengajian dan seterusnya laluan kerjaya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UNIKL-MSI atas layanan dan perkongsian maklumat yang diberikan. Semoga Kerjasama ini akan terus berkembang untuk manfaat bersama.

by Shafini sensei

Lawatan Industri Jabatan Mikroelektronik ke CEDEC Bayan Lepas Pulau Pinang.

 










1. Nama aktiviti:  Lawatan Industri Jabatan Mikroelektronik ke CEDEC Bayan Lepas Pulau Pinang.

2. Tarikh: 4 Disember 2023 -  (Isnin-3ptg)

3. Tempat: CEDEC, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

4. Penglibatan:  3 orang pensyarah DKM dan 20 orang pelajar.

5. Sinopsis: 

Seramai 3 orang pensyarah dan 20 orang pelajar dari semester 5 Jabatan Mikroelektronik (Kelas Keisei dan Tobu) telah menghadiri lawatan industri ke CEDEC di Bayan Lepas Pulau Pinang. Lawatan ini disambut oleh Pengarah CEDEC,  Prof Madya Dr. Asrulnizam Abd  Manaf dan beberapa kakitangan lain daripada bahagian pengurusan CEDEC. Objektif lawatan ini bertujuan untuk memahami proses-proses ilmu pembuatan semikonductor yang dilakukan di CEDEC, mengeksplorasi peluang laluan kerjaya, dan mendalami program latihan industri yang disediakan bagi para pelajar. CEDEC yang merujuk kepada Center of Excellence for Design & Engineering of Chips, ditubuhkan dengan matlamat utama untuk menjadi pusat keunggulan dalam reka bentuk dan kejuruteraan cip mikroelektronik yang bertujuan untuk menggerakkan inovasi, penyelidikan, dan perkembangan teknologi di dalam industri semikonduktor. Lawatan ini bermula dengan perkongsian ilmu daripada pengarah CEDEC yang menerangkan peringkat awal semikonduktor termasuk proses rekabentuk IC ,fabrikasi, pengenalan kepada peralatan dan mesin setiap proses pembuatan serta aplikasi software yang digunakan. Selain itu, turut dikongsi tentang teknologi terkini berkaitan semikonduktor yang digunakan di industri. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, para pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman sebelum menempuh dunia industri mikroelektronik sebenar. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak CEDEC atas layanan dan penerangan yang sangat bermanfaat. Semoga kerjasama ini terus berkembang untuk kebaikan masa depan industri mikroelektronik di Malaysia.

by Shafini sensei

Lawatan Industri Jabatan Mikroelektronik ke Renesas Semiconductor (M) Sdn.Bhd.Bayan Lepas Pulau Pinang

 








1. Nama aktiviti:  Lawatan Industri Jabatan Mikroelektronik ke Renesas Semiconductor (M) Sdn.Bhd.Bayan Lepas Pulau Pinang.

2. Tarikh: 4 Disember 2023 - (Isnin-10 pagi)

3. Tempat: Renesas Semiconductor (M) Sdn.Bhd Bayan Lepas Pulau Pinang.

4. Penglibatan:  3 orang pensyarah DKM dan 20 orang pelajar.

5. Sinopsis: 

Seramai 3 orang pensyarah dan 20 orang pelajar dari semester 5 Jabatan Mikroelektronik (Kelas Keisei dan Tobu) telah menghadiri lawatan industri ke Renesas (M) sdn.bhd di Bayan Lepas Pulau Pinang. Lawatan ini disambut oleh En.Junaidi Bin Mohamad, Human Resource Manager, En.Zulkiflee Bin Ahmad, Senior Staff Engineer dan beberapa kakitangan yang lain daripada bahagian pengurusan dan production. Objektif lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar suasana pekerjaan di industri dan mendapat perkongsian ilmu tentang proses pembuatan IC semiconductor dan mengeksplorasi peluang laluan kerjaya serta latihan industri para pelajar. Renesas Semiconductor (M) Sdn. Bhd. ini merupakan peneraju dalam pembuatan semikonduktor dengan fokus utama pada pengeluaran IC dan mempunyai mesin peralatan yang berteknologi tinggi. Lawatan ini bermula dengan penerangan mengenai proses reka bentuk dan simulasi yang merupakan langkah awal dalam pembuatan IC dan disusuli mengenai proses fabrikasi litar dan seterusnya ujian pada produk dan pembungkusan. Dengan perkongsian ilmu ini, semoga para pelajar dapat memahami peranan dan impak mereka dalam industri semikonduktor dan menjadi lebih cemerlang di arena ini. Kami  mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Renesas atas layanan dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.Semoga dengan lawatan ini, dapat membina jalinan kerjasama yang baru di antara Jabatan Mikroelektronik MJII dan Industri Renesas.

by Shafini sensei

Monday, December 4, 2023

DKE - CSR KeeperKu @ Zoo Negara

 






1. Nama program : CSR KeeperKu @ Zoo Negara

2. Tarikh : 26 November 2023

3. Masa : 8.30am - 4.30pm

4. Tempat : Zoo Negara

5. Keterangan Program : Seramai 5 orang pelajar Semester 1, DKE telah menyertai program CSR KeeperKu di Zoo Negara. Program ini bertujuan untuk mendekatkan pelajar kepada alam semulajadi dan meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dalam mendalami ilmu tentang kesukaran dan cabaran menjaga kebajikan haiwan daripada penjaga haiwan. Pelajar telah menjalankan tugasan seperti membersihkan kandang gajah dan rusa, menyediakan makanan serta memberikan haiwan berkenaan makan. Seusai program, pelajar berpeluang untuk menerokai Zoo Negara.

by sensei Azrinaa

EMPOWERING CANVA PRO IN FLIPPED CLASSROOM MODEL FOR MARA EDUCATORS

 








Nama Aktiviti: EMPOWERING CANVA PRO IN FLIPPED CLASSROOM MODEL FOR MARA EDUCATORS

Tarikh : 22 – 24 November 2023

Tempat : Hotel Tenera, Bangi

Penglibatan : 34 orang Pensyarah MJII

Sinopsis: 

Kursus ini merupakan inisiatif bagi meningkatkan pengetahuan dan pengukuhan tahap pemahaman pensyarah berkenaan konsep model Flipped Classroom dan juga mempelajari aplikasi Canva for Educator untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). 

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang dilantik iaitu Ts Mohd Izzuddin bin Ismail, merupakan seorang Professional Technologist dan Canva Champion, dibantu oleh Coach Hafiz dan Hadi. 

Berikut adalah antara pengisian slot kursus ini:

1. Pengenalan kepada Active Learning dan konsep Flipped Classroom.

2. Aplikasi Canva untuk pembelajaran Active learning

3. Canva interface dan template.

4. PowerPoint, Infographics dan assessment menggunakan Canva.

5. Lesson Plan menggunakan Canva.

6. Penggunaan AI dalam Canva.

Kursus ini wajar dihadiri oleh setiap pensyarah MJII bagi memberi pendedahan terhadap keunikan dan kebaikan menggunakan Canva dalam pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan kursus sebegini dapat diteruskan supaya kemahiran pensyarah dapat dipertingkatkan selaras  dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

by Amalina sensei

Kursus Upskilling – Introduction to CMOS Technologies

 






1. Nama aktiviti: Kursus Upskilling – Introduction to CMOS Technologies

2. Tarikh: 20-24 November 2023

3. Tempat: IC Layout Design Lab, MJII

4. Penglibatan:  5 orang pensyarah DKM

5. Sinopsis: Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Nabihah @ Nornabihah binti Ahmad dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM selaku penyedia latihan dan fasilitator modul. Objektif latihan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman, kemahiran serta kompetensi pensyarah Mikroelektronik dalam rekabentuk bagi peranti Analog IC. Selain itu dapat memantapkan tahap kepakaran dan profesyen pensyarah Jabatan Mikroelektronik agar seiring dengan kehendak industri. Kursus selama 5 hari ini terdiri daripada lima sub-modul yang merangkumi teori asas analog IC dan amalan praktikal menggunakan perisian Mentor Graphics EDA Tools.

by Haida sensei