Nama Aktiviti: EMPOWERING CANVA PRO IN FLIPPED CLASSROOM MODEL FOR MARA EDUCATORS
Tarikh : 22 – 24 November 2023
Tempat : Hotel Tenera, Bangi
Penglibatan : 34 orang Pensyarah MJII
Sinopsis:
Kursus ini merupakan inisiatif bagi meningkatkan pengetahuan dan pengukuhan tahap pemahaman pensyarah berkenaan konsep model Flipped Classroom dan juga mempelajari aplikasi Canva for Educator untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang dilantik iaitu Ts Mohd Izzuddin bin Ismail, merupakan seorang Professional Technologist dan Canva Champion, dibantu oleh Coach Hafiz dan Hadi.
Berikut adalah antara pengisian slot kursus ini:
1. Pengenalan kepada Active Learning dan konsep Flipped Classroom.
2. Aplikasi Canva untuk pembelajaran Active learning
3. Canva interface dan template.
4. PowerPoint, Infographics dan assessment menggunakan Canva.
5. Lesson Plan menggunakan Canva.
6. Penggunaan AI dalam Canva.
Kursus ini wajar dihadiri oleh setiap pensyarah MJII bagi memberi pendedahan terhadap keunikan dan kebaikan menggunakan Canva dalam pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan kursus sebegini dapat diteruskan supaya kemahiran pensyarah dapat dipertingkatkan selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.
by Amalina sensei
No comments:
Post a Comment