Thursday, July 13, 2023

Program Pembangunan Pelajar Python Bootcamp

 








1. Nama Aktiviti: Program Pembangunan Pelajar Python Bootcamp

2. Tarikh: 4-8 Julai 2023

3. Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang

4. Tempat: C Programming Lab

5. Penglibatan:20 orang pelajar Jabatan Embedded System

6. Synopsis/keterangan:


Python Bootcamp adalah satu program pembangunan pelajar yang julung-julung kalinya diadakan khasnya

untuk pelajar-pelajar Jabatan Embedded System.


Python,bahasa pengaturcaraan terkini telah menjadi trending serta mendapat permintaan 

yang tinggi di industri serta digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Contoh aplikasi penggunaan Python adalah seperti Machine Learning, Embedded Applications, Artificial Intelligence 

(AI), Pembangunan Aplikasi web dan sebagainya lagi.


Bagi memastikan ilmu dan kemahiran pelajar jabatan Embedded System selari dengan 

industri semasa, Python Bootcamp ini dilaksanakan dengan kerjasama 

strategik antara Syarikat MyInvent Technologies Sdn Bhd dan

Jabatan Embedded System.MyInvent Technologies Sdn Bhd melalui Ts Mohd Ariffin telah menyediakan 

modul latihan terkini serta telah memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar tentang pembangunan projek 

berasaskan Python,penggunaan platform IOT,Cloud Computing serta Python Middleware.


Selain itu,pendedahan projek terkini juga turut disertakan dalam Python Bootcamp iaitu

melalui perkongsian akademik oleh Pensyarah UiTM, Dr Mohd Saufy Rohamad dan

perkongsian industri oleh Jurutera Syarikat MIE Industrial Sdn Bhd,Ts Azwan bin Ramli.

Turut serta adalah En Mohamad Haziq bin Ahmad Yusri,founder & CEO Shark Centre yang merupakan pakar

Augumented Reality/Virtual Reality.

by Azrina sensei

Sesi Engagement Jabatan Embedded System dengan Pengarah MJII

 




1. Nama Aktiviti: Sesi Engagement Jabatan Embedded System dengan Pengarah MJII

2. Tarikh: 5 Julai 2023

3. Masa: 9.30 pagi

4. Tempat: Bilik Mesyuarat Sendai

5. Penglibatan:Semua staf Jabatan Embedded System

6. Synopsis/keterangan:


Sesi Engagement telah diadakan antara semua staf Jabatan Embedded System dengan Pengarah MJII.

Pertemuan sulung ini adalah bertujuan untuk beramah mesra,kenal mengenali antara staf dan juga Pengarah baru MJII iaitu Ts Dr Mahazani bin Ali. Di dalam pertemuan ini juga,staf turut dapat mendengar perkongsian pengalaman dan tips dari Pengarah.

by Azrina sensei

Friday, July 7, 2023

Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

 












1. Nama Program: Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan. 

2. Tarikh : 5 Julai 2023

3. Masa :  9:00 am – 1:00 pm

4. Tempat:  SK Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

5. Anjuran : Jabatan Pengajian Am & Jabatan Kejuruteraan Elektronik Pengukuran & Kawalan (DKC)

6. Sinopsis/keterangan: 

Seramai 20 pensyarah MJII dari Jabatan Pengajian Am dan Jabatan DKC, serta seorang staf dari Unit Pentadbiran terlibat dlm program sumbangan khidmat bakti dengan mengelolakan beberapa aktiviti menarik berkaitan PdP STEM  sepanjang program, antaranya :


a) Aktiviti Scavenger Hunt & Tricky Trails Adventure sekitar kawasan sekolah untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6.

b) Pendedahan kepada aktiviti Pengaturcaraan dadu Elektronik menggunakan Edubit kit yang disertai oleh pelajar dari Kelab RBT SK Kampong Daching. 

c) Sumbangan modul latihan kendiri Matematik kpd semua pelajar tahun 1.

d) Sumbangan 20 set STEM kit daripada jabatan DKC kepada Kelab RBT untuk dimanfaatkan oleh pelajar kelab tersebut sebagai usaha untuk memupuk minat mereka kepada STEM. 


Program ini berakhir dengan majlis penyampaian hamper kepada murid-murid yang terlibat dalam aktiviti Scavenger Hunt dan Tricky Trails Adventure, dan penyerahan sumbangan-sumbangan dari pihak MJII.  


Diharapkan program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara  pihak MJII dengan masyarakat luar secara amnya dan pihak  SK Kampong Daching secara khususnya selain dapat memberi kesedaran tentang kepentingan STEM kepada anak-anak SK Kampong Daching.  Semoga semua aktiviti yg dijalankan dapat  memberi impak positif dalam diri pelajar-pelajar tersebut.

by Teacher Dalila

Sesi Libat Urus bersama Pengarah MJII Bil. 2/2023

 







1. Program: Sesi Libat Urus bersama Pengarah MJII Bil. 2/2023

2. Tarikh: 07 Julai 2023 (Jumaat)

3. Masa: 10:30 pagi  – 12:15 tengahari

4. Tempat: Tokyo Hall, MJII Beranang

5. Penganjur Program: Jabatan Pengajian Am

6. Sinopsis/keterangan:


Sesi Libat Urus 2/2023 bersama Pengarah MJII Beranang Ts. Dr. Mahazani bin Ali telah dilaksanakan dengan jayanya seperti ketentuan di atas. 


Ini merupakan sesi libat urus pertama Ts. Dr. Mahazani bersama warga MJII setelah dilantik sebagai Pengarah MJII.


Tn. Pengarah memaklumkan Pelan Strategik MJII 2023 akan diteruskan seperti yang telah dirancang.


Tn. Pengarah juga berkongsi tentang intipati daripada buku “Good to Great” untuk diterapkan di MJII yang mana, 3 faktor utama dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi itu adalah: 1) Disciplined people, 2) Disciplined thought 3) Disciplined action.


Pada sesi ini juga, pemberian penghargaan kepada warga kerja MJII Beranang iaitu Anugerah Staf Akademik dan Pentadbiran Terbaik bagi bulan Februari, Mac, April, Mei dan Jun 2023 dan penyampaian royalti kepada para penulis dari kalangan warga kerja MJII Beranang telah diadakan.


Di akhir sesi, Tn. Pengarah telah berkongsi video pendek berkenaan teamwork & leadership agar dapat memberi inspirasi kepada semua warga kerja MJII Beranang untuk sama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi memacu kejayaan yang lebih baik dan cemerlang untuk MJII.

by Fazliani sensei

Pendaftaran pelajar kanan sesi Julai-Disember 2023

 







1. Nama Aktiviti :  Pendaftaran pelajar kanan sesi Julai-Disember 2023

2. Tarikh : 03 Julai 2023 (Isnin)

3. Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

4. Tempat : Dewan Hyogo, MJII

5. Synopsis/keterangan ringkas:  


Seramai 354 orang pelajar kanan telah selesai mendaftar program bagi sesi Julai-Disember 2023. Sewaktu hari pendaftaran, pelajar perlu menjalani saringan disiplin terlebih dahulu sebelum dibenarkan mendaftar. Pendaftaran berjalan lancar dan mengambil masa yang singkat kerana pelajar telah membuat bayaran awal sebelum hari pendaftaran.

by Puan Sharilla HEP

Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) 2023

 
























1. Nama aktiviti: Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) 2023

2. Tarikh:  4 - 6 Julai 2023

3. Masa : 8.00pg - 5.00ptg

4. Penganjur: iCompex , Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

5. Tempat: Dewan Sri Mas, Polimas

6. Synopsis/keterangan ringkas:  

Majlis Perasmian dan Penutup  iCompEx 2023. 

Mara-Japan Industrial Institute telah menyertai sebanyak 8 projek inovasi bagi pertandingan Inovasi iCompEx 2023, 

Dianggarkan lebih 10 perserta dari negara luar (antarabangsa) dan seramai lebih 350 peserta mendaftar terdiri daripada pelbagai institusi dalam Negara seperti Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Sekolah, Individu dan lain-lain.


Keputusan keseluruhan, MARA-Japan Industrial Institute berjaya merangkul :

🥇1 Gold Medals Award

🥈7 Silver Award


Berikut adalah nama projek:


🥇 Gold Award: 

Sv : En. Mohd Khairil Helmi b. Tarmizi


Next-Gen Adjustable Gym Bench Press with Linear Actuator, Touchscreen Control, and Secure Locking


🥈 Silver Award : 

Sv : En. Mohd Khairil Helmi b. Tarmizi


NENAS Robot Loader with Adjustable Height controlled by using PS2 controller over LORA communication


🥈 Silver Award :

Sv : En. Muhamad Yusuf b. Zulkefly


AUTOMATIC CONTROL BARRIER FOR IN/OUT CUSTOMER COUNTER WITH ADJUSTABLE LIMITATION EQUIPPED WITH STAFFS RFID DATA LOG AND WEB-BASED DATABASED WITH MIT APP INTERFACE USING ESP32


🥈 Silver Award:

Sv : Dr. Ir. Masri b. Abd Rashid


CLOTHESLINE RETRIEVAL WITH RAIN SENSOR, CONTROLLABLE USING BLYNK APPLICATION VIA ARDUINO MEGA 2560


🥈Silver Award : 

Sv : En. Ja'aris b. Samsudin


WATER TRANSFER SYSTEM TRAINER USING SIEMENS S7 1200 PLC AND SIMATIC IOT2000 CONTROLLED VIA DESKTOP & ANDROID DASHBOARD


🥈 Silver Award :

Sv : En. Muhamad Yusuf b. Zulkefly


AUTOMATIC MEDICINE BOX DISPENSER WITH HUMIDITY TEMPERATURE MONITOR AND CONTROL VIA SMARTPHONE MIT APP INTERFACE USING ESP32


🥈 Silver Award: 

Sv : En. Mohd Radzi B. Tarmizi


Ergonomic Adjustable Height Footrest of Wheelchair for Disabled Person by using Arduino Atmega 2560 + 12V DC Linear Motor Actuator


🥈 Silver Award: 

Sv : Pn. Ruslinda bte. Ruslee


Electronic Pigeonhole Security System with Arduino Mega 2560 and Blynk Apps Notification


Tahniah diucapkan kepada Semua yang terlibat!!!

by sensei Fadzly