Friday, July 7, 2023

Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

 












1. Nama Program: Program CSR Kelestarian Pendidikan STEM di Sek Keb Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan. 

2. Tarikh : 5 Julai 2023

3. Masa :  9:00 am – 1:00 pm

4. Tempat:  SK Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

5. Anjuran : Jabatan Pengajian Am & Jabatan Kejuruteraan Elektronik Pengukuran & Kawalan (DKC)

6. Sinopsis/keterangan: 

Seramai 20 pensyarah MJII dari Jabatan Pengajian Am dan Jabatan DKC, serta seorang staf dari Unit Pentadbiran terlibat dlm program sumbangan khidmat bakti dengan mengelolakan beberapa aktiviti menarik berkaitan PdP STEM  sepanjang program, antaranya :


a) Aktiviti Scavenger Hunt & Tricky Trails Adventure sekitar kawasan sekolah untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6.

b) Pendedahan kepada aktiviti Pengaturcaraan dadu Elektronik menggunakan Edubit kit yang disertai oleh pelajar dari Kelab RBT SK Kampong Daching. 

c) Sumbangan modul latihan kendiri Matematik kpd semua pelajar tahun 1.

d) Sumbangan 20 set STEM kit daripada jabatan DKC kepada Kelab RBT untuk dimanfaatkan oleh pelajar kelab tersebut sebagai usaha untuk memupuk minat mereka kepada STEM. 


Program ini berakhir dengan majlis penyampaian hamper kepada murid-murid yang terlibat dalam aktiviti Scavenger Hunt dan Tricky Trails Adventure, dan penyerahan sumbangan-sumbangan dari pihak MJII.  


Diharapkan program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara  pihak MJII dengan masyarakat luar secara amnya dan pihak  SK Kampong Daching secara khususnya selain dapat memberi kesedaran tentang kepentingan STEM kepada anak-anak SK Kampong Daching.  Semoga semua aktiviti yg dijalankan dapat  memberi impak positif dalam diri pelajar-pelajar tersebut.

by Teacher Dalila

No comments:

Post a Comment