Wednesday, March 27, 2024

Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 1/2024

 








1. Nama aktiviti: Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 1/2024

2. Tarikh: 15 Mac 2024

3. Tempat: Tokyo Hall

4. Penglibatan:  Semua Staf MJII

5. Anjuran: Program DKR

6. Sinopsis: Sesi libat urus pihak pengurusan adalah penting untuk membangunkan budaya organisasi yang berteraskan komunikasi terbuka, kolaborasi, dan pembangunan bersama. Dengan berfungsi sebagai platform untuk perkongsian idea dan penyelarasan matlamat, ia membantu organisasi dalam mencapai kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Sesi Libat Urus Pengarah MJII Bil. 1/2024 kali ini dimulakan dengan sesi bacaan yassin dan doa melibatkan semua staf. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian daripada pihak Yapiem. Majlis seterusnya meraikan komitmen dan prestasi staf cemerlang dengan sesi penyampaian anugerah staf terbaik bulanan (Januari dan Februari 2024). Setelah itu majlis disambung dengan sesi penyampaian penghargaan penerbitan buku sebelum diakhiri dengan sesi suai kenal staf baharu melibatkan Pn. Noor Hakima binti Ahmad, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan MJII dan Dr. Mohd Firdaus bin Kamuri, Pensyarah Jabatan Embedded.

by Kj Adzhar

No comments:

Post a Comment