Wednesday, March 27, 2024

Industrial Talk @ MJII DKR

 








1. Nama aktiviti: Industrial Talk @ MJII

2. Tarikh: 15 Mac 2024

3. Tempat: Theatratte 3

4. Penglibatan:  Semua pelajar Program DKR

5. Anjuran: Program DKR

6. Sinopsis: Program Industrial Talk @ MJII ini disertai oleh En. Hazrul Muhammad merupakan alumni DKR yang bekerja di Petronas Digital Sdn. Bhd. dalam bidang transmisi data dan rangkaian melibatkan fasiliti Petronas di pelantar Minyak selaku penceramah. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar DKR dengan dunia sebenar industri. Pelajar mendapat peluang untuk memperluas pengetahuan dan pemahaman mereka tentang aplikasi data dan rangkaian dalam industri minyak dan gas, termasuk trend terkini, teknologi terkini dan cabaran yang dihadapi. Sesi industrial talk ini memberi pelajar wawasan yang berguna untuk mempersiapkan diri mereka untuk pasaran kerja. Mereka dapat mengetahui tentang keperluan industri, kemahiran yang diperlukan, dan jalan kerjaya yang tersedia. Melalui Program Industrial Talk @ MJII ini, pelajar dapat melihat kejayaan alumni dan organisasi dalam industri tersebut, yang dapat menginspirasi dan memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai matlamat dan impian mereka dalam kerjaya.

by Kj Adzhar

No comments:

Post a Comment