Wednesday, March 27, 2024

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) Di Majlis Berbuka Puasa Perdana Masjid Kariah Daching.

 







1. Nama program: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) Di Majlis Berbuka Puasa Perdana Masjid Kariah Daching.

2. Tarikh : 26 Mac 2024

3. Masa : 5.30 ptg -11.00 mlm

4. Tempat : Masjid Kg. Daching

5. Penganjur : Masjid Kg. Daching.

6. Keterangan Program :

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif  tanggungjawab sosial kepada komuniti, seramai 25 orang pelajar Semester 1 pelbagai jabatan terutama dari Kesatria 1 telah menyertai  Program Gotong Royong(CSR) majlis berbuka puasa di Masjid Kg Daching.Program gotong royong bermula jam 5:30 petang dan berakhir jam 11:00 malam. Selain daripada gotong royong menyediakan makanan untuk berbuka puasa pelajar juga berpeluang melaksanakan solat berjemaah fardhu maghrib, fardhu isyak dan solat terawih bersama penduduk setempat. Melalui kerja-kerja kemasyarakatan seperti ini, ia dapat memupuk perasaan bertimbang rasa dan tolong menolong dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran dan juga mengaplikasikan semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira peringkat umur.

 Saudara Roslan bertindak sebagai guru pengiring dalam mengetuai CSR ini. Turut serta juga menghadiri majlis Ketua Jabatan Mikroelektronik sensei Iswandi, sensei Azrul dan sensei Asiq turut memeriahkan suasana CSR.

by Samsuri sensei

No comments:

Post a Comment