1. Nama aktiviti: Taklimat PAK-21 & Penulisan Refleksi dalam Rancangan Pengajaran Harian
2. Tarikh: 20 Mac 2024
3. Tempat: Tokyo Hall, MJII
4. Penglibatan: Pensyarah MJII
5. Anjuran : JK Jaminan Kualiti (Akademik)
6. Sinopsis:
Satu taklimat komprehensif tentang PAK-21 dan penulisan refleksi dalam RPH bagi tenaga pengajar MJII telah disampaikan oleh Ts. Mohd Khairul Adzhar Bin Umar.
Penerangan merangkumi pengenalan kepada pembelajaran aktif, cabaran-cabaran semasa, adaptasi kedalam aktiviti pengajaran dan strategi pelaksanaan yang berkesan. Perkongsian ini diharap untuk membantu para pengajar untuk melaksanakan PdP berasaskan PAK-21 mengikut bidang masing-masing.
Taklimat ini juga menyentuh tentang teknik penulisan refleksi yang berkesan dalam usaha menambahbaik amalan kerja dari segi:
- pembangunan bahan pengajaran
- strategi PdP
- penilaian
- pembangunan kemahiran 4C (communication, collaboration, critical thinking, creativity) dikalangan pelajar
Diharapkan usaha ini membantu semua pensyarah MJII untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengajar dalam kerangka PAK-21 dan menerapkan elemen-elemen tersebut secara berkesan.
by teacher Azwani
No comments:
Post a Comment