Wednesday, March 6, 2024

Lawatan Industri Jabatan Electronics Measurement & Control ke Excel Test Sdn Bhd

 






1. Nama aktiviti:  Lawatan Industri Jabatan Electronics Measurement & Control ke Excel Test Sdn Bhd.

2. Tarikh: 22 Februari 2024

3. Tempat: Excel Test, Petaling Jaya, Selangor

4. Penglibatan:  3 orang pensyarah DKC dan 9 orang pelajar.

5. Sinopsis: 

Seramai 3 orang pensyarah dan 9 orang pelajar daripada semester 5 Jabatan DKC telah menghadiri lawatan industri ke Excel Test di Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini disambut oleh pembantu pengurus, Cik Mardiana Zakaria dan beberapa kakitangan lain daripada bahagian penentukuran Excel Test. Objektif lawatan ini bertujuan untuk memahami proses penentukuran transduser yang dilakukan di sana, mengeksplorasi peluang laluan kerjaya, dan mendalami program latihan industri yang disediakan bagi para pelajar. Lawatan ini bermula dengan perkongsian ilmu daripada pembantu pengurus yang menerangkan tentang produk dan servis syarikat tersebut, diikuti penerangan oleh jurutera  syarikat berkenaan penentukuran dan transduser yang digunapakai terutama yang berkaitan dengan Cold-Chain Management.  Seterusnya adalah sesi lawatan ke makmal kerja bagi melihat proses penentukuran. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Excel Test atas layanan dan penerangan yang sangat bermanfaat.

by Syaaban Sensei

No comments:

Post a Comment