Wednesday, October 4, 2023

Temasya Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII & IKM KALI KE-10 ( SUKAT X 2023)

 









1. Nama Program : 

Temasya Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII & IKM KALI KE-10 ( SUKAT X 2023)

2. Tarikh: 22-27 September 2023

4. Tempat: KKTM Kuantan, Pahang

5. Sinopsis:

Temasya Sukan Kakitangan Teknikal BKT, KKTM, MJII & IKM Se- Malaysia  2023 (SUKAT 2023) kali ke-10 telah diadakan di KKTM Kuantan pada 22-27 September 2023. Acara yang berlangsung selama lima hari ini menyaksikan usaha dan pencapaian gemilang semua kontinjen berjuang berhabis-habisan untuk membawa pulang piala kemenangan. 

Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Perempuan, Futsal, Sepak Takraw, Badminton, Dart, Petanque, Ping Pong, Tarik Tali, Karom, Catur, PUBG, Mobile Legends, Memancing, Berbasikal, Bowling dan Golf.

Tahniah dan syabas kepada semua 58 atlet yang mewakili MJII  kerana telah berusaha dengan  semangat juang dan kesukanan yang tinggi walaupun beberapa atlet mengalami kecederaan sepanjang temasya. 

Tahniah buat kontinjen MJII  yang berjaya merangkul pingat emas untuk acara Mobile Legends yang diwakili oleh En Faizal Fikry bin Rosnizam, En Sharifuddin bin Mamat, En. Mohamad Yusuf bin Zulkefly, En. Syaban bin Shamsulkamar dan Ustaz Ahmad Azim bin Ahmad Shukri. 

Sokongan hebat dari pihak pengurusan MJII yang juga atlet MJII, Ts. Dr. Mahazani bin Ali (Pengarah MJII) , Pn Nordiana binti Awang (TPKPHP) dan En. Nizam bin Ali (TPHEA).

Kejohanan sukan ini memberi peluang kepada semua kakitangan untuk bersatu dalam semangat persaingan yang sihat , memperkukuhkan hubungan profesionalism dan menjadi platform untuk amalan kesihatan dan kecergasan dikalangan kakitangan MJII.

Diharap kakitangan MJII bersedia mengorak langkah dan berusaha untuk kejohanan seterusnya yang akan diadakan di IKM Beseri, Perlis pada tahun 2025.

by sensei sajidah

No comments:

Post a Comment