Monday, October 9, 2023

Kejohanan Silat Pra Sukses Daerah Hulu Langat 2023

 











1. Nama aktiviti: Kejohanan Silat Pra Sukses Daerah Hulu Langat

2. Tarikh: 7-8 Oktober 2023

3. Tempat: Dewan Hyogo, MJII

4. Anjuran: Pesaka Daerah Hulu Langat, Majlis Sukan Daerah Hulu Langat dan MJII

5. Penglibatan: 12 pertubuhan/institusi di daerah Hulu Langat

6. Sinopsis/keterangan ringkas: Kejohanan Silat Pra Sukses Daerah Hulu Langat yang diadakan di Dewan Hyogo MJII telah berlangsung pada 7 & 8 Oktober 2023 bertujuan untuk memilih pesilat yang bakal mewakili daerah Hulu Langat ke Sukan Selangor 2023. Sebanyak 12 pertubuhan/institusi yang terlibat di dalam pemilihan kali ini. Majlis Perasmian Kejohanan telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Johan bin Abd Aziz selaku Pengerusi Pesaka Daerah Hulu Langat. Majlis turut disertai oleh Ts. Dr. Mahazani bin Ali (Pengarah MJII), En. Yusof bin Ahmad (Wakil MPKJ), Cikgu Faid bin Haji Musa (Naib Pengerusi Pesaka Hulu Langat). Kejohanan kali ini melibatkan 20 kategori olahraga dan 8 kategori seni. Pasukan MJII dibawah bimbingan Ts. Mohd Asiq bin Hamdi selaku Penyelaras Kelab Silat MJII dan Cikgu Mohd Asyraf Bazli bin Suhaimi selaku Ketua Jurulatih telah menhantar 20 kategori olahraga dan 1 kategori seni. 

Juara keseluruhan telah dimenangi oleh MJII dengan jumlah pungutan 12 pingat emas, 4 pingat perak dan 4 pingat gangsa. 

Tempat kedua pula disandang oleh Gayung Fatani Malaysia dan tempat ketiga adalah Kelab Silat Olahraga PLKU-KSO.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah MJII, Ts. Dr. Mahazani bin Ali. Kesemua pemenang pingat emas akan mewakili Daerah Hulu Langat ke Sukan Selangor 2023 yang akan berlangsung pada bulan November nanti.

by Asiq sensei

No comments:

Post a Comment