Monday, October 9, 2023

Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 (Sirkit Silat Seni Remaja Selangor Edisi-1 2023)

 









1. Nama aktiviti: Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 (Sirkit Silat Seni Remaja Selangor Edisi-1 2023)

2. Tarikh: 4 & 5 Oktober 2023

3. Tempat: Dewan Hyogo MJII

4. Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan Kerjasama Pesaka Negeri Selangor dan MARA-Japan Industrial Institute

5. Penglibatan: 9 Daerah di Negeri Selangor

6. Sinopsis/keterangan ringkas: Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan Kerjasama Pesaka Negeri Selangor dan MJII melibatkan seramai 400 lebih peserta yang mewakili 9 daerah di Negeri Selangor. Kategori yang dipertandingan melibatkan peserta sekolah rendah dan sekolah menengah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Mahazani bin Ali, Pengarah MJII dan turut disertai oleh En. Noramli bin Husin selaku Bendahari Kehormat Pesaka Selangor dan En. Mohd Halim bin Sahri, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (KKOK Jabatan Pendidikan Negeri Selangor). Juara Keseluruhan pertandingan kali ini telah dimenangi oleh Daerah Gombak. Pertandingan ini telah berjaya dilaksanakan dan mencungkil bakat para pelajar yang boleh diketengahkan bagi mewakili Negeri Selangor bagi kategori remaja.

by Asiq sensei

No comments:

Post a Comment